Premium
Masjid Darul Ghufran sokong pengesanan awal barah
Sediakan pemeriksaan mamogram secara percuma untuk wanita yang layak
Feb 18, 2024 | 5:30 AM
Masjid Darul Ghufran menyediakan pemeriksaan saringan barah buah dada iaitu mamogram pada 18 Januari untuk 24 peserta. - Foto MASJID DARUL GHUFRAN
Bagi menyokong skim yang bertujuan memberi bantuan kewangan dan sokongan kepada wanita yang dikenal pasti mengalami barah buah dada, Masjid Darul Ghufran telah menganjurkan pemeriksaan mamogram pada 18 Januari.
Menerusi kerjasama SingHealth dan program Pemeriksaan Kesihatan Demi Kehidupan, Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), Skim Bantuan Pejuang Barah di Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East itu menyediakan pemeriksaan mamogram secara percuma untuk wanita yang layak.
Laporan berkaitan
Lebih 280 peserta sertai acara jalan kaki sokong pesakit barahJan 14, 2024 | 4:51 PM
Panduan maklumat, sokongan barah buah dadaOct 23, 2023 | 9:29 PM

