Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masjid Darul Makmur gah dek bangunan indah, kakitangan dan relawan

Kejayaan operasi harian, sambutan masyarakat terhadap program hasil usaha padu pasukan dalaman sebagai tulang belakang tawar khidmat
Jun 27, 2025 | 5:30 AM
masjid darul makmur, bangunan baru,  Farhanah Banu Sarbudeen
Eksekutif Unit Pengumpulan Dana, Cik Farhanah Banu Sarbudeen (kiri), terus aktif dan gigih menggerakkan kempen kutipan dana bagi Masjid Darul Makmur. - Foto MASJID DARUL MAKMUR

Sesebuah masjid menjadi indah bukan dengan seni bina moden dan gah sahaja.

Malah, ia termasuk denyutan nadi golongan insan yang menghidupkannya.

Di Masjid Darul Makmur, kejayaan operasi harian dan sambutan masyarakat terhadap pelbagai program adalah hasil usaha padu pasukan dalaman yang menjadi tulang belakang segala perkhidmatan yang disediakan.

Struktur pertubuhan masjid di Yishun itu terbahagi kepada tiga bahagian utama: Operasi, Keupayaan Organisasi, dan Agama & Komuniti.

Ketiga-tiga bahagian itu menjalankan fungsi tersendiri, namun saling melengkapi satu sama lain bagi memastikan kelancaran operasi masjid dan keberkesanannya dalam masyarakat.

Pengurusan dan khidmat harian

Masjid Darul Makmur menitikberatkan perkhidmatan bermutu kepada masyarakat.

Maka, warga kerjanya beroperasi dengan cekap dan berkesan. Di bawah bahagian Operasi, Jabatan Korporat memastikan perkhidmatan kaunter, kewangan dan penyelenggaraan bangunan masjid berjalan lancar.

“Apabila jemaah datang ke kaunter, itu saat pertama kami menyampaikan imej masjid. Layanan penuh mesra dan sistematik menjadi keutamaan,” jelas Ketua Jabatan Korporat, Cik Sri Kembang Mekar Sukir.

Jabatan Tadika pula mencorak generasi cilik melalui kurikulum Islamik holistik dengan pendekatan pembelajaran menyeronokkan dan mendidik sejak usia dini.

Bina teras, gerak misi

Masjid Darul Makmur turut memberi tumpuan pada pembangunan sumber manusia, memastikan kelestarian dana, bakat dan tenaga kerja berjalan lancar.

Jabatan Komunikasi dan Pengumpulan Dana menyampaikan mesej masjid kepada masyarakat dan menggalak derma melalui pelbagai saluran.

“Setiap sumbangan bukan sekadar angka. Ia adalah harapan yang membina kembali ruang ibadah bersama kita,” kata Eksekutif Unit Pengumpulan Dana, Cik Farhanah Banu Sarbudeen.

Di sebalik media sosial masjid dan kempen derma pula, berdiri sebuah pasukan berdedikasi ini. Jabatan Pembangunan Sumber Manusia pula memastikan kakitangan masjid terus berkembang dalam suasana kerja positif.

“Staf, atau kakitangan, di Masjid Darul Makmur adalah amanah dan aset. Suasana kerja kondusif membentuk prestasi cemerlang,” ujar Eksekutif Operasi dan Pelibatan, Cik Mirhaini Mohd.

Jiwa dan nadi masyarakat

Sebagai pusat kerohanian dan sosial, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Komuniti melaksanakan kuliah harian, kelas agama serta program seperti Klinik Al-Quran dan sesi kaunseling rohani.

Jabatan Pembangunan Sosial pula memperkukuh masyarakat melalui bantuan zakat, pengagihan makanan, khidmat guaman percuma dan program keluarga. Inisiatif seperti Befrienders (Pendamping) dan klinik kaunseling menyokong keperluan emosi dan psikososial, khususnya bagi golongan rentan.

Sukarelawan memainkan peranan besar dalam menyantuni penerima bantuan, menyokong program serta membantu operasi harian.

Masjid Darul Makmur sentiasa mengalu-alukan penyertaan sukarelawan baru yang bersemangat tinggi.

Masjid Darul Makmur terus hidup bukan kerana bangunan moden atau program terancang sahaja, tetapi hasil semangat kolektif kakitangan dan sukarelawan yang menjadikan setiap senyuman, kelas dan bantuan sebagai ibadah mereka.

Untuk menyokong Masjid Darul Makmur, sila imbas kod QR ini.
Untuk menyokong Masjid Darul Makmur, sila imbas kod QR ini. - Foto MASJID DARUL MAKMUR

SEKILAS INFO:

Pendaftaran bagi tadika 2026 telah dibuka, sila lungsuri: tinyurl.com/MBKEnrolmentDARULMAKMUR

Ingin menyumbang tenaga? Sertai pasukan Masjid Darul Makmur di: https://l.ead.me/MDMVolunteer2025

Lungsuri platform campaigns.darulmakmur.sg, pelbagai inisiatif wakaf dan infak ditawarkan bagi menyokong projek peningkatan masjid.

Sumbangan derma untuk ‘Projek Wakaf Peningkatan Masjid Darul Makmur’ boleh dilakukan melalui cara berikut:

* PayNow ke UEN: S87MQ0033J (Rujukan: Wakaf)

* Pindahan bank ke akaun: OCBC Semasa 581-652138001 (Rujukan: Wakaf)

* Melalui cek ke atas nama: ‘MASJID DARUL MAKMUR’ & dihantar melalui pos ke: 950 Yishun Avenue 2, Singapura 769099

* Datang ke kaunter Masjid Darul Makmur pada waktu pejabat.

* Imbas kod QR yang tertera

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg