Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kariah siap sedia jelang Ramadan, hidupkan tradisi sedia ruang solat tarawih

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kariah siap sedia jelang Ramadan, hidupkan tradisi sedia ruang solat tarawih

Bulan Ramadan akan tiba esok (12 Mac). Ramai ingin memastikan masyarakat Islam di sini dapat menjalankan ibadah bersama dengan nyaman dan selesa. Berita Harian (BH) bertemu dengan beberapa kumpulan kariah yang menyediakan tempat sembahyang tarawih di kawasan perumahan mereka, mengetahui lebih lanjut tentang usaha dan persiapan yang mereka lakukan sejak bertahun-tahun.
Mar 11, 2024 | 05:30 AM



Beberapa kumpulan kariah di serata Singapura kini giat menjalankan persiapan untuk menyediakan tempat bagi sembahyang tarawih di kolong blok atau dewan serba guna menjelang Ramadan ini.

Usaha kumpulan seperti ini merupakan amalan tradisi yang berakar umbi sejak lebih 50 tahun lalu – setelah Singapura berubah wajah dengan pembinaan flat di serata negara selepas merdeka.

Menerusi usaha ini, ia memberi peluang kepada anggota masyarakat Islam yang tinggal agak jauh dari masjid untuk sama-sama bertarawih dengan jiran tetangga dalam suasana selesa dan tenang.

Inilah yang dilakukan oleh Masyarakat Islam Jurong West (MIJW), satu kumpulan sukarelawan penduduk Jurong West yang telah mengadakan aktiviti bersama penduduk mereka selama 40 tahun, sejak 1984.

“Kami bangga kerana telah adakan solat tarawih berjemaah di kolong Blok 432 Jurong West Street 22 selama 40 tahun,” kata pengerusi MIJW, Encik Abdul Rahman Surdi, yang telah berkhidmat sebagai pengerusi MIJW sejak 2004.

“Saya gembira dapat terus pegangkan dan jalankan amanah pengasas MIJW, arwah Ahmad Kadir,” kata beliau.


“Saya suka memeriahkan kawasan perumahan kami. Saya gembira dapat melihat penduduk Jurong West berkumpul bersama,” tambah beliau.

Walaupun sukarelawan dan jawatankuasa MIJW kebanyakannya masih bekerja, mereka tetap luangkan masa untuk mengadakan solat tarawih di kolong blok.

Encik Abdul Rahman, 68 tahun, bekerja sebagai seorang pegawai keselamatan manakala Naib Pengerusi MIJW, Encik Suhaemi Enan, 58 tahun, bekerja sebagai seorang pemandu Grab.

Penasihat MIJW, Encik Mazri Zainon, 57 tahun, pula bekerja dalam bidang pentadbiran dan anggota-anggota jawatankuasa MIJW yang lain juga kebanyakannya bekerja sepenuh masa.

Encik Abdul Rahman berkata, proses menyediakan ruang untuk sembahyang tarawih tidak merumitkan bagi mereka.

“Kami bekerjasama dengan Masjid Assyakirin dan mereka membantu mendapat kelulusan daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis),” kongsi beliau.

Selepas mendapat kelulusan itu, barulah MIJW akan berusaha mendapatkan permit daripada pihak-pihak relevan lain seperti Majlis Bandaran, pihak polis dan lain-lain lagi.

Menurut Encik Abdul Rahman, mereka sudah pun memohon bagi permit sejak Januari 2024.

MIJW juga mengalu-alukan lebih ramai sukarelawan muda untuk bantu menjalankan aktiviti-aktiviti mereka.

“Walaupun kami ada orang-orang muda, kami tetap perlukan lebih banyak tenaga muda untuk membantu kerja-kerja fizikal dan memikirkan tentang idea-idea baru untuk MIJW,” kata pengerusi MIJW itu.

Beliau juga berkongsi bahawa solat tarawih yang dianjurkan itu selalunya mendapat sambutan baik – mencecah 400 jemaah terutamanya pada awal dan akhir Ramadan.

“Keutamaan kami menyediakan ruang ini adalah demi kemudahan warga tua, mereka yang kurang upaya atau uzur dan tidak mampu berjalan jauh, selain penduduk yang tidak mempunyai kenderaan untuk ke masjid,” terang Encik Abdul Rahman.

“Selain itu, tarawih di kolong blok merupakan pilihan yang baik apabila ruang-ruang masjid telah dipenuhi, membolehkan penduduk untuk tetap sembahyang berjemaah,” tambahnya yang berbesar hati dengan sambutan dan sokongan yang diberikan penduduk Islam terhadap MIJW selama ini.

“Saya mengucap ribuan terima kasih kepada semua penduduk Melayu Islam setempat Jurong West yang telah memberi sokongan kepada MIJW. Semua penduduk Islam diundang memanfaatkan kolong blok 432 Jurong West untuk ibadah tarawih tahun ini,” kata pengerusi MIJW itu.

Antara pihak lain yang giat membuat persiapan untuk menyediakan ruang tarawih termasuk Masjid Darul Makmur yang menyediakan tempat sementara sedang bangunan masjid dinaik taraf, serta kumpulan Qaryah 14 di Woodlands yang bakal menyediakan tempat solat di dewan serba guna.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >