Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Masjid, kariah mudahkan penduduk solat Raya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID HASANAH

Masjid, kariah mudahkan penduduk solat Raya

Apr 26, 2024 | 10:07 AM



Gabungan dan kerjasama antara Masjid Hasanah dengan Qaryah Pandan penting demi memastikan kemaslahatan umat Islam di kawasan Teban dan Pandan Gardens terjaga.

Ini terbukti apabila baru-baru ini Qaryah Pandan juga tidak ketinggalan mengadakan dua sesi solat Hari Raya Aidilfitri di salah satu kolong blok di Pandan Gardens buat julung-julung kalinya pada tahun ini dengan kerjasama Masjid Hasanah.

Menurut Pengerusi Qaryah Pandan Gardens, Encik Ja’al Maaruf, 74 tahun, Jawatankuasa Pandan Gardens telah ditubuhkan pada 1982.

Encik Ja’al bemula dengan menjadi anggota jemaah di kawasan Pandan Gardens, kemudian menjadi ahli jawatankuasa sebelum dilantik sebagai Pengerusi Qaryah Pandan Gardens.

Umumnya, peranan kariah adalah sebagai wadah menjalin ukhuwah antara masyarakat dengan masjid, menguar-uarkan kegiatan masjid dan menjayakan kegiatan sosioagama, kemasyarakatan dan kebajikan.

“Dengan tertubuhnya Qaryah Pandan di bawah jagaan Masjid Hasanah, banyak perubahan positif telah berlaku terutama sekali mengenai kewangan yang kini sistemnya lebih teratur,” jelas Encik Ja’al.

Beliau juga berterima kasih kepada pihak masjid yang bekerjasama bagi menjayakan solat Aidilfitri dengan mendapatkan tenaga sukarelawan Bangladesh dan Melayu membantu menyiapkan keperluan untuk menjalankan solat tarawih dan solat Aidilfitri di kolong Blok 404, Pandan Gardens pada 2024.

Memandangkan Masjid Hasanah sedang dinaik taraf, yang menyebabkan tempat terhad, dua sesi solat Raya diadakan oleh kumpulan kariah itu di kolong blok.

Ia menawarkan peluang lebih ramai penduduk di kawasan itu bersolat Raya. Ini ditambah lagi dengan kehadiran ramai pekerja asing beragama Islam di Teban dan Pandan Gardens.

Salah seorang anggota jemaah, Cik Zubaidah Osman, 50 tahun, berkongsi pendapat,

“Solat Aidilfitri untuk sesi kedua di kolong blok Pandan Gardens ini harus diteruskan pada tahun berikutnya. Ini kerana ia dapat memberi kesempatan bagi orang yang tinggal berjauhan dari kawasan Pandan Gardens, dapat juga bersolat Aidilfitri di kolong blok tersebut.”

Salah seorang pekerja Bangladesh, Encik Nur Islam, 32 tahun, seorang juruelektrik berkata, “Saya amat gembira diberi peluang membantu ahli Qaryah Pandan menghidupkan amalan gotong-royong dan saling membantu antara Masjid Hasanah dengan Qaryah Pandan.”

Sejauh ini, imam yang ditugaskan Qaryah Pandan mempunyai sijil Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) seperti Ustaz Riduan Abdul Ghani, yang juga berkelulusan madrasah.

Qaryah Pandan juga amat bersyukur kerana pada 2024, Masjid Hasanah telah bekerjasama dengan mengizinkan Ketua Unit Dakwah Masjid Hasanah ,Ustaz Badrussalam D’jaffar, dan juga Ustaz Muhammad Syahid Salleh menjadi imam solat tarawih dan juga solat Aidilfitri di kolong Blok 404, Pandan Gardens.

Masjid Hasanah sedang mengumpul dana bagi projek naik taraf yang masih memerlukan sekurang-kurangnya $4.2 juta bagi keseluruhan projek tersebut.

HULUR DERMA


Cara menyumbang derma kepada Masjid Hasanah:

1. PayNow ke UEN: S70MQ0042B.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun OCBC 591-070164-001. Isikan di ruang ‘bill reference’ dengan ‘wakaf’ atau ‘infak’. Jika anda inginkan resit, sila isi borang di www.linktr.ee/hasanahmosque

3. Melalui cek atas nama ‘LPM Hasanah’ dan poskan ke alamat Masjid Hasanah, 492 Teban Gardens Road, Singapura 608878. Tuliskan nama, alamat dan nombor telefon di belakang cek.

4. Untuk pertanyaan, sila hubungi pejabat Masjid Hasanah di talian 6561-7990, Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 5 petang. Sabtu dan Ahad, 9 pagi hingga 1 tengah hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >