Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masjid Kassim hidupkan Maulid dengan Program Santuni Emosi Cara Nabi

Sep 26, 2025 | 5:30 AM
masjid kassim, maulid, mahabbah rasul fiesta
Reruai jualan yang diadakan di Masjid Kassim sempena sambutan Maulid Nabi ini turut memeriahkan suasana dengan pelbagai pilihan menarik. - Foto MASJID KASSIM

Sempena sambutan Maulid Nabi Muhammad saw, Masjid Kassim akan menganjurkan acara ‘Mahabbah Rasul Fiesta 2025’ pada 4 dan 5 Oktober 2025. Bertemakan ‘Santuni Emosi Cara Nabi’, program dua hari ini bertujuan memperkukuh kecintaan kepada Rasulullah saw serta menghayati akhlak baginda dalam mendepani cabaran emosi dan kehidupan harian.

Pengerusi Masjid Kassim, Encik Mohamed Zain Mohamed, berkata acara ini mengajak umat Islam menghayati kasih sayang, sifat sabar dan rahmah Rasulullah saw dalam kehidupan hari ini.

“Sambutan ini bukan sekadar memperingati kehidupan Nabi Muhammad saw, malah menjadi wadah untuk masyarakat meneladani nilai kasih sayang, kesabaran dan rahmah Rasulullah saw dalam kehidupan moden.

“Tema ‘Santuni Emosi Cara Nabi’ dipilih agar kita dapat mencontohi akhlak baginda dalam mengurus emosi dengan penuh hikmah, sama ada sebagai individu, ahli keluarga, ataupun anggota masyarakat. Harapan saya bagi pihak Masjid Kassim agar masyarakat Muslim sudi hadir dan menjadikan ‘Mahabbah Rasul Fiesta 2025’ sebagai sumber pengisian ilmu dan pengukuhan ukhuwah,” kata Encik Mohamed Zain.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kakitangan, sukarelawan, asatizah, penceramah, kumpulan maulid, para peniaga serta jemaah yang mendukung penganjuran program ini.

Dua segmen telah diatur untuk Sabtu, 4 Oktober 2025:

1. Maulid Muslimah bersama kumpulan Qasidah Aswatul Huda. Kumpulan ini akan mempersembahkan nasyid dan qasidah dari 10 pagi hingga 11 pagi.

2. Ceramah Muslimah: ‘Her Story in His Story: Ummu Sulaim ra (Kisah Beliau Dalam Kisah Nabi Muhammad saw: Ummu Sulaim ra) oleh Pendakwah Bebas, Ustazah Dr Sakinah Saptu. Ceramah akan berlangsung dari 11 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Acara pada Ahad, 5 Oktober 2025:

1. Hadith Challenge (Cabaran Hadis) – peraduan hafalan hadis pilihan (9 pagi hingga 10.30 pagi).

2. Bacaan Maulid Ad-Dibaie bersama kumpulan Munsyidin Hajjah Fatimah (10.30 pagi hingga 11.30 pagi)

3. Forum Santai: 24434 Hotline Sakinah. Bersama ahli panel Ustaz Drs Ahmad Dahri dan Ustazah Syariati Sulaiman serta moderator Ustaz Abdullah Ahmad (11.30 pagi hingga 12.45 tengah hari).

4. Art Therapy: Colours of The Sunnah (Terapi Seni: Warna-Warna Sunah). Sebuah bengkel seni untuk remaja 13 tahun hingga 16 tahun (11 pagi hingga 12.30 tengah hari).

5. Al-Quran Healing Hour & Mass Khatam Al-Quran (Sesi Terapi dengan Al-Quran & Majlis Khatam Al-Quran Beramai-ramai). Sesi ini akan dikendalikan bersama Ustazah Hawamah, Ustazah Hamidunnisah dan Ustaz Ahmad Rushdy (2.00 petang hingga 3.30 petang).

Turut disediakan reruai jualan atau Souq @ Kassim, program Eco Sunnah – Living Green the Prophetic Way (Eko Sunnah – Hidup Mesra Alam Cara Rasulullah) dan Pameran Sejarah & Artifak Islamik.

SEKILAS

Anda juga boleh mengikuti perkembangan Masjid Kassim melalui Facebook, Instagram atau lungsuri laman rasmi www.masjidkassim.com.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg