Jika pada tahun 2023 lalu, Masjid Ar-Raudhah telah mengundang kakitangan dan ahli pentadbir Masjid Hussain Sulaiman bersama-sama menghadiri Majlis Memperingati Hari Kebangsaan (NDO), pada tahun 2024 ini pula murid kelas tadikanya juga akan turut sama meraikan acara ini.
Pada tahun 2023, acara disambut dengan mereka menyanyikan lagu Hari Kebangsaan Singapura beramai-ramai diikuti dengan pembacaan ikrar.
Acara NDO ini amat dinanti-nantikan oleh pegawai masjid kerana ia memberi semangat untuk menyambut Hari Kebangsaan Singapura yang ke-59.
Pengerusi Eksekutif Kanan Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Mohamed Ali Atan, yang juga pengerusi Masjid Hussain Sulaiman, berkata acara sebegini memberi peluang kepada semua bersama-sama meraikan Hari Kebangsaan dengan lebih meriah dan mampu mengukuhkah perpaduan negara.
“Acara NDO menyediakan platform kepada semua kakitangan, sukarelawan dan ahli lembaga untuk berkumpul dan menyanyikan lagu patriotik di Masjid Ar-Raudhah dan memakai pakaian berwarna merah dan putih.
“Harapan saya dalam memperingati Hari Kebangsaan tahun ini, semoga ia dapat mengukuhkan kekuatan, kemajuan dan perpaduan negara,” jelas Ustaz Mohamed Ali.
Selain itu, Ustaz Mohamed Ali dan kakitangannya juga giat mengumpul dana dan terus memakmurkan Masjid Ar-Raudhah demi kepentingan jemaah bersama.
Masjid juga berharap dapat terus memperbaiki perkhidmatan yang dihulurkan, dan orang ramai akan terus menyokong kerja peningkatan masjid yang bakal bermula pada akhir tahun 2024 ini.
Sebelum ini, pelbagai usaha telah dijalankan seperti kempen berwakaf sebanyak $50 bagi satu lot dengan wakaf eksklusif bermula daripada $100, dengan penderma akan mendapat hadiah istimewa 1 kilogram kurma Ajwa selagi bekalan masih ada.
Derma melalui wadah dalam talian seperti E-Mimbar juga disediakan bagi memudahkan penderma.
Selain itu, acara Golf Amal akan diadakan pada 2 Oktober 2024, dengan Masjid Ar-Raudhah mengalu-alukan sokongan daripada masyarakat serta pihak korporat setempat.
Sesiapa yang berminat mahu menyokong projek Golf Amal ini boleh menghubungi Masjid Ar-Raudhah di talian 6899-5840 bagi mengemukakan pertanyaan lebih lanjut.
Untuk menyokong projek peningkatan Masjid Ar-Raudhah, sumbangan boleh dibuat melalui PayNow, UEN: S93MQ0024E atau imbas kod QR yang tersedia.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg