Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID AR-RAUDHAH

Masjid Ar-Raudhah akan anjur pelbagai program tingkat ilmu

Program lebih celik Al-Quran 5M
antara bakal dijalankan
Jan 28, 2024 | 05:31 AM



Sebagai usaha menggalak jemaah agar mereka boleh bukan sahaja membaca Al-Quran, malah memiliki kebolehan lain, Masjid Ar-Raudhah akan memperkenalkan Program Raudhatul Quran 5M yang merangkumi kemampuan mereka menulis, menghafal, memahami dan menghayati Al-Quran.

‘‘Kami ingin mereka juga dapat memahami dan menghafal surah-surah pendek Juz Amma supaya secara tidak langsung mereka akan menghayati Al-Quran,’’ ujar ketua Madrasah dan Al-Quran di Masjid Ar-Raudhah, Ustazah Zakiah Abdul Razak sambil menambah ia amat baik terutama bagi jemaah yang tinggal di kawasan Bukit Batok dan barat daya Singapura.

Sejajar dengan usaha ini masjid itu juga menawarkan beberapa lagi program pengajian. Ini termasuk Kursus Pengajian Tinggi Separuh Masa seperti kursus Sijil Asas Pengajian Islam Ar-Raudhah (SAPIA).

Kursus ini menawarkan modul-modul asas seperti akidah, fikah, fikah taharah, fikah ibadah, hadis, tafsir dan Surah Nabawiyyah bagi memenuhi keperluan mereka yang tidak berpeluang melalui pembelajaran secara formal.

‘‘Program ini menekankan aspek kefahaman dan penghayatan yang dapat diterapkan dalam kehidupan. Dengan mengikuti program ini, pelajar dapat mengetahui secara menyeluruh dasar-dasar agama dan memahami dengan lebih jelas ajaran-ajaran agama Islam dan mengamalkannya sebaik mungkin dalam kehidupan harian,’’ terang Ustazah Zakiah.

Program itu diadakan secara bermodul selama setahun. Setiap modul berlangsung selama enam minggu, pembelajaran seminggu sekali setiap Ahad dari 10 pagi hingga 12.15 tengah hari. Yurannya $70 sebulan.

SIJIL PENGAJIAN ISLAM AR-RAUDHAH (SPIA)

Kursus ini pula menawarkan pengajian dasar seperti tafsir, hadis dan fikah. Ia juga menawarkan beberapa pengajian yang mempunyai aspek aplikasi dan kefahaman berdasarkan kepada keadaan dan kehidupan semasa seperti Tasawwur Islam, Sejarah Tamadun Islam dan Sejarah Pendidikan Islam.

Ia sesuai buat mereka yang sudah mengikuti pengajian fardu ain peringkat asas di pelbagai institusi pengajian Islam separuh masa. Pengajian ini dijalankan secara bermodul.

Ia berlangsung dalam kira-kira enam sesi, tiga jam dalam seminggu selama dua tahun, setiap Ahad dari 9 pagi hingga 12.15 tengah hari. Yurannya $75 sebulan.

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM AR-RAUDHAH (DPIA)

Pengajian ini berlangsung selama tiga tahun sebagai lanjutan daripada SPIA.

Peserta program ini layak meneruskan pengajian Islam mereka ke peringkat Sarjana Muda selepas tamat dan lulus kesemua modul yang ditawarkan. Pengajian diadakan setiap Ahad, 9 pagi hingga 12.15 tengah hari. Yuran $85 sebulan.

Pembukaan semula pendaftaran untuk Ujian Kemasukan Madrasah (MET) bagi Januari 2024 setelah ditutup selama empat tahun disebabkan penularan Covid-19. Sasaran pihak masjid pada tahun ini ialah pelajar tadika satu.

‘‘Kami akan membantu dan membimbing kanak-kanak tadika satu selama setahun tiga bulan bagi melayakkan mereka mengambil peperiksaan MET pada 2025. Ini akan membuka ruang bagi mereka ke madrasah sepenuh masa terutama yang tinggal di kawasan barat daya Singapura. Pendaftaran masih dibuka.

‘‘Jangan lepaskan peluang mengikuti program-program yang kami lakarkan. Daftar dan raikan ilmu. Semoga bermanfaat,’’ tambah Ustazah Zakiah.

HULUR DERMA


Cara menderma kepada Masjid Ar-Raudhah:

1. PayNow ke: UEN S93MQ0024E. Isikan ‘Infak MUP’ dalam ruangan ‘rujukan’. Selepas membuat sumbangan, sila WhatsApp ke talian 9461-4306.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 501-806368-001.

3. Hantarkan cek atas nama ‘Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah’ dan kirimkan ke alamat 30 Bukit Batok East Avenue 2, Singapura 659919.

4. Wakaf melalui arraudhahmosque.mimbar.sg

5. Imbas kod QR yang disediakan.

6. Hubungi talian 6899-5840 atau layari arraudhahmosque.com untuk mendapatkan maklumat lanjut. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >