Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Masyarakat Melayu/Islam perlu tingkat kerjasama hadapi cabaran 2024

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masyarakat Melayu/Islam perlu tingkat kerjasama hadapi cabaran 2024

Buka lebih peluang manfaat tenaga dan kemahiran golongan belia
Dec 10, 2023 | 05:32 AM



Menjalin kerjasama, bergotong-royong dan saling membantu adalah cara masyarakat Melayu/Islam di Singapura mengatasi cabaran, termasuk yang dijangka dihadapi pada 2024 seperti kos kehidupan yang meningkat serta masalah kesihatan yang bertambah dengan penduduk yang menua.

Pemimpin persatuan dan pertubuhan Melayu/Islam yang dihubungi Berita Minggu bagi mendengar harapan mereka untuk masyarakat bagi 2024 berkata mereka mahu melihat masyarakat kekal teguh bersatu dan dapat berinovasi dalam mencari huraian bagi masalah atau cabaran yang dihadapi.


Menyingkap pencapaian masyarakat bagi 2023, Pengarah Eksekutif AMP Singapura, Encik Mohksin Rashid, berkata belia Melayu/Islam telah mencatat “pencapaian mengagumkan” dan pihaknya mendapati golongan itu mempunyai aspirasi untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna.

“Ini merupakan satu aspek yang boleh diterokai oleh badan-badan Melayu/Islam di sini, iaitu menyediakan lebih banyak peluang untuk memanfaatkan tenaga dan kemahiran golongan belia kita demi memperbaiki status sosioekonomi dan kehidupan masyarakat kita,” katanya.

Beliau memberi satu lagi contoh pencapaian iaitu kadar pesalah dadah yang telah berkurangan, menunjukkan usaha pemerintah dan badan-badan Melayu/Islam mempunyai kesan positif.

Presiden Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM), Encik Nassar Mohamad Zain, juga menyebut tentang pencapaian pendidikan golongan belia, bukan hanya daripada segi akademik bahkan daripada segi pembangunan jati diri dan daya tahan mereka

“Ini tidak dapat dilakukan tanpa sokongan masyarakat daripada segi kewangan, peningkatan kemahiran, bantuan pementoran dan sebagainya. Kita bergotong-royong untuk bangunkan satu masyarakat yang berjaya,” katanya.

Namun sedang masyarakat meraikan pencapaian, Encik Mohksin berkata masih terdapat isu membimbangkan seperti kos sara hidup yang tinggi dan dirumitkan lagi dengan pendapatan rendah dan ketidakstabilan pekerjaan.

“Masyarakat kita sememangnya mempunyai kebolehan untuk membantu satu sama lain dan sikap saling membantu ini harus diteruskan.

“Dengan itu, adalah penting untuk kita mengenal pasti golongan kurang bernasib baik atau kurang berkemampuan di dalam masyarakat kita dan menyokong mereka agar mereka boleh mendapatkan bantuan yang diperlukan,” ujarnya.

Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA), Dr Nurhidayati Suphan, turut menekankan pentingnya kerjasama antara badan-badan Melayu/Islam termasuk dalam menganjurkan kegiatan berkaitan kesihatan.

“Bagi 2023, kami berasa mungkin terdapat lebih banyak kesedaran dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam tentang pentingnya menjalani gaya hidup lebih baik, melakukan lebih banyak senaman dan menjaga pemakanan.

“Kesedaran telah meningkat tetapi sama ada ia dilaksanakan dan sama ada ia membawa kepada hasil kesihatan yang lebih baik, itu kita perlu tunggu data Kementerian Kesihatan (MOH),” katanya yang juga pakar Perbidanan dan Sakit Puan di Pusat Pakar Pacific Healthcare.

Dr Nurhidayati turut meluahkan harapan agar persatuan dan pertubuhan Melayu/Islam dan juga M Kuasa TIga (M³) dapat berganding bahu dan memanfaatkan kepakaran serta pengaruh masing-masing dalam menganjurkan kegiatan berkaitan kesihatan untuk masyarakat.

“Saya rasa kerjasama itu penting kerana untuk menganjurkan acara kesihatan, sama ada ia ceramah atau sesi senaman bersama, kita memerlukan sokongan kewangan, pemasaran dan sebagainya. Tidak mudah untuk melakukannya sendiri.

“Selain itu, setiap pertubuhan mempunyai pengikut mereka sendiri, dan ini akan membantu acara tersebut menjangkau kepada kumpulan masyarakat yang disasarkan,” kata Dr Nurhidayati.

“Bagi tahun (2024) akan datang ini, saya berharap badan-badan Melayu/Islam kita dapat bersatu dan meningkatkan kerjasama demi kesihatan masyarakat kita,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >