Selepas sorakan, muzik dan pertunjukan bunga api yang memukau, hanya satu perkara bermain di fikiran semua orang: masa untuk makan!
Sama ada anda menyaksikan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) secara langsung, menyertai sambutan di kawasan kejiranan, atau menonton di skrin besar, suasana meriah pasti membuatkan perut berkeroncong.
Berikut adalah 10 lokasi terbaik untuk mengisi perut anda selepas NDP – tidak kira di mana anda berada di Singapura.
Restoran ini menyajikan hidangan gabungan antara masakan Barat dengan sentuhan Asia yang moden.
Daripada roti bakar ke ‘tacos’, burger dan pasta, setiap hidangan membawa pengalaman rasa yang memuaskan.
Minuman kopi dengan pelbagai perisa turut melengkapkan hidangan anda selepas sambutan NDP.
• Alamat: 3 Woodlands Street 13, Kompleks Renang Woodlands, Singapura 738600
• Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad, 11 pagi hingga 5 pagi
Di sini, anda boleh menikmati hidangan 24 jam yang penuh cita rasa daripada pelbagai budaya, termasuk hidangan Melayu, Cina, India, Thai dan Barat.
Anda boleh menikmati pelbagai sup berasaskan makanan laut dan sayur, dim sum, perata dan tose rangup, serta nasi beriani dan nasi goreng.
Hidangan barat seperti pasta dan ‘shawarma’ juga menjadi pilihan.
• Alamat: 5 Changi Village Road, Singapura 500005/1016 Geylang East Avenue 3, #01-165, Singapura 389731
• Waktu Operasi: 24 jam
Restoran D’Rubinah di Sembawang mempunyai pelbagai gabungan masakan India Selatan dan makanan Thai-Muslim.
Daripada perata rangup seperti ‘perata bom’ dan ‘tose masala’, hingga pelbagai macam ‘naan’.
Selain itu, terdapat hidangan utama seperti nasi goreng dan nasi beriani pada harga berpatutan.
• Alamat: 592-593 Sembawang Road, #592 Spring Estate, 593, Singapura 758451
• Waktu Operasi: 24 jam
Waffl SG menawarkan gabungan wafel rangup yang dihidang bersama ais krim – pilihan pencuci mulut yang bukan sahaja sedap, tetapi juga menarik perhatian.
Menu mereka turut menampilkan burger wafel dan minuman istimewa.
Dengan suasana santai dan sajian yang ‘Instagram-worthy’, Waffl SG sesuai untuk sesi lepak bersama rakan atau keluarga.
• Alamat: Blok 343 Jurong East Street 31, #01-59, Singapura 600343
• Waktu Operasi: 4.30 petang hingga 1 pagi
Menu di Spize Bedok menyajikan pelbagai hidangan Melayu, Barat dan India seperti nasi goreng kampung, sate ayam dan daging, serta betis kambing atau ‘lamb shank’ dan ikan salmon panggang.
Minuman juga tidak terkecuali, seperti teh tarik dan bandung.
• Alamat: 338 Bedok Road, Bedok Shopping Complex, Singapura 469516
• Waktu Operasi: 11 pagi hingga 2 pagi
Restoran ini pilihan tepat untuk makan lewat malam dengan suasana selesa dan meriah.
RK Eating House terkenal dengan perata, martabak, Maggi goreng, serta minuman unik seperti teh tarik ‘tower’.
• Alamat: 1 Kensington Park Road, Singapura 557253
• Waktu Operasi: 24 jam
Kafe ini terkenal dengan wafel dan ais krim ‘gelato’ pelbagai perisa seperti ‘Biscoff Butter’, ‘Hazelnut Rocher’ dan ‘Sea Salt’.
Selain pencuci mulut, mereka juga menawarkan roti berinti ‘gelato’, kek brownie, serta hidangan seperti ‘wrap’ dan sate ayam yang dihidang bersama kerepek kentang dan keju ‘nacho’.
• Alamat: 35 Hamilton Road, Singapura 209204
• Waktu Operasi: 6 petang hingga 2 pagi
Terletak di Bedok, Supa Deck ialah restoran popular untuk makan lewat malam yang menawarkan gabungan masakan Asia dan Barat seperti nasi goreng, Maggi goreng ‘brisket’, dan pasta seperti Salmon Alfredo dan Tom Yam Seafood.
Terdapat pelbagai minuman menyegarkan juga, termasuk teh laici, bandung dan kopi ais.
• Alamat: 298 Bedok Road, Singapura 469454
• Waktu Operasi: 12 tengah hari hingga 1.30 pagi
Kafe yang terletak di Tampines ini terkenal dengan gabungan unik antara pencuci mulut dengan hidangan Barat.
Menu utamanya termasuk wafel klasik yang rangup, ‘churros’ wafel yang disajikan dengan marsymalo dan sos coklat, serta pelbagai perisa ‘gelato’.
• Alamat: 802 Tampines Avenue 4, #01-11, Singapura 520802
• Waktu Operasi: 11 pagi hingga 11 malam
Restoran Al-Azhar menyediakan pelbagai jenis makanan termasuk makanan Muslim Thai, hidangan tempatan, masakan India, makanan laut dan pelbagai hidangan Mediterranean.
Pilihan jus buah-buahan segar dan pencuci mulut yang menarik turut tersedia, menjadikannya lokasi sesuai untuk menjamu selera pada bila-bila masa.
• Alamat: 11 Cheong Chin Nam Road, Singapura 599736
• Waktu Operasi: 7 pagi hingga 3 pagi
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg