Lima perkhidmatan bas yang melalui kawasan pusat bandar akan dilencongkan
pada tiga Sabtu – 14, 21 dan 28 Jun – sempena raptai Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2025 serta Pertunjukan Pendidikan Nasional (NE) pertama.
Perkhidmatan bas 61, 502, 960, 960e dan 961 akan melangkau beberapa hentian di Bayfront Avenue, Beach Road, Bras Basah Road, Central Boulevard, North Bridge Road, Parliament Place, Raffles Avenue, Raffles Boulevard, Temasek Avenue dan Temasek Boulevard.
Hentian yang terjejas terletak berhampiran MRT Bayfront, City Hall, Downtown, Esplanade, Marina Bay dan Promenade, serta di kawasan The Float @ Marina Bay dan Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec, lapor The Straits Times (ST).
Dari 8 pagi hingga 11.59 malam, perkhidmatan bas akan melangkau beberapa hentian, namun terdapat hentian yang terjejas hanya pada sebelah petang dan malam.
Hanya perkhidmatan bas 961 akan melangkau dua hentian sepanjang hari. Satu di hentian bas berdekatan Mahkamah Agung dan satu lagi di hentian selepas Hotel Raffles di Beach Road.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi talian khidmat pelanggan SMRT di 1800-336-8900 dari 7.30 pagi hingga 8 malam setiap hari, atau melayari laman web www.smrt.com.sg.
Perbarisan Hari Kebangsaan 2025 akan diadakan pada 9 Ogos di kawasan Padang dan Marina Bay.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg