Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Asean sahkan pelan hala tuju 2026–2030 dalam pertanian, perhutanan, makanan

Oct 2, 2025 | 3:14 PM
Mesyuarat Menteri-Menteri Asean mengenai Pertanian dan Perhutanan, amaf, Zaqy Mohamad
Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Zaqy Mohamad (enam dari kanan) menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Asean mengenai Pertanian dan Perhutanan (Amaf) yang ke-47 di Manila, Filipina. - Foto FACEBOOK ZAQY MOHAMAD

Negara Asean mengesahkan Rancangan Sektoral 2026 hingga 2030, satu pelan hala tuju untuk meningkatkan taraf hidup para petani, melindungi alam sekitar, menyesuaikan diri dengan perubahan iklim dan menempatkan Asean sebagai rakan dagang sejagat yang dipercayai.

Perkara tersebut dikongsi Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Zaqy Mohamad, melalui satu hantaran Facebook pada 1 Oktober, susulan hari pertama Mesyuarat Menteri-Menteri Asean mengenai Pertanian dan Perhutanan (Amaf) yang ke-47.

Hari pertama mesyuarat yang diadakan di Manila, Filipina, itu telah menumpukan perhatian bagaimana negara Asean dapat menjamin masa depan makanan sambil menangani perubahan iklim. Encik Zaqy berkata:

“Negara Asean menegaskan semula komitmen mereka untuk mengembangkan pertanian mampan dan janaan semula, meneruskan usaha menyahkarbon dan penyelesaian berasaskan alam semula jadi, memperkukuh keselamatan makanan jangka panjang, serta memanfaatkan teknologi digital dalam sektor makanan, pertanian dan perhutanan.”

Mesyuarat itu turut mengesahkan Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) 2025 Malaysia, Deklarasi Pemimpin Asean mengenai Visi untuk Makanan, Pertanian, dan Perhutanan (FAF) menjelang 2045, serta rangka kerja bagi kerjasama jangka panjang.

Kedua-duanya merupakan respons yang tepat pada masanya dan strategik terhadap cabaran perubahan iklim, transformasi digital dan ketidaktentuan geopolitik.

Mereka juga mengalu-alukan cadangan PED dari Filipina bagi membangun rangka kerja mengenai sistem pertanian janaan semula dan berdaya tahan, yang akan terus memperkukuh usaha Asean ke arah sektor FAF yang mampan, menyeluruh dan bersedia untuk masa depan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg