Badan Melayu/Islam rancang perluas khidmat guna jangkauan M³+
Badan Melayu/Islam rancang perluas khidmat guna jangkauan M³+
PPIS, 4PM, Muhammadiyah kongsi rancangan awal sokong keluarga, belia, bekas pesalah wanita
Mar 23, 2026 | 7:58 PM
Badan Melayu/Islam rancang perluas khidmat guna jangkauan M³+
Anggota Parlimen (AP) GRC East Coast, Cik Hazlina Abdul Halim (tengah) menyerahkan pek makanan kepada salah seorang penerima projek Jalinan Kasih 4PM, Cik Norshima Yusof, di Kelab Masyarakat Fengshan pada 8 Mac. Beliau turut ditemani (dari kiri) anggota lembaga 4PM, Encik Mohd Hasni Mohd Hashim, dan Presiden 4PM, Encik Nassar Mohamad Zain. - Foto 4PM
Sebahagian badan Melayu/Islam (MMO) sedang merancang untuk memperdalam khidmat sokongan keluarga di pelbagai peringkat, termasuk untuk bekas pesalah wanita dan belia berisiko melalui rangkaian M KuasaTiga (M3) yang diperluas.
Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), badan-badan tersebut berkata mereka yakin rangkaian M3 yang diperluas menjadi M3+ itu boleh menyepadukan usaha mereka dengan agensi pemerintah bagi menyediakan program yang lebih mudah diakses bagi golongan yang memerlukan.
Laporan berkaitan
Peluasan M³+ cermin anjakan strategik, iktiraf kekuatan kolektif masyarakatMar 23, 2026 | 5:41 PM
Faishal: M³ perluas kerjasama dengan pertubuhan Melayu/Islam, kumpulan lainMar 5, 2026 | 2:18 PM

