Tidak ramai pesakit yang ditemuinya semasa bertugas di hospital mungkin sedar bahawa Dr Abu Bakar Othman, 28 tahun bukan sekadar doktor perubatan malah mempunyai kelayakan kejuruteraan.
Beliau merupakan antara pelajar program laluan khas Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD)-Duke NUS yang berpeluang meraih ijazah kejuruteraan sebelum menyambung pengajian di fakulti perubatan.
Bercakap dengan Berita Harian (BH) baru-baru ini, Dr Abu Bakar, yang kini bertugas sebagai Pegawai Perubatan dalam jabatan Perubatan Am di Hospital Besar Changi (CGH), berkata pengalamannya di SUTD membantu beliau berfikir secara analitikal dan kreatif semasa bertemu pesakit.
Pendekatan itu membolehkan beliau benar-benar memahami keperluan pesakit, ujar beliau.
“Ia membantu saya mengupas aduan pesakit yang kompleks kepada langkah yang lebih sistematik dan mencapai diagnosis dengan lebih yakin supaya rawatan boleh diberikan dengan berkesan,” kata beliau.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg