Topic followed successfully
Go to BHkuFaishal: Kedatangan Zulhijah tanda mula fasa penting bagi jemaah haji S’pura
Faishal: Kedatangan Zulhijah tanda mula fasa penting bagi jemaah haji S’pura
May 18, 2026 | 6:15 PM
Faishal: Kedatangan Zulhijah tanda mula fasa penting bagi jemaah haji S’pura
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkongsi gambar kunjungan beliau ke Masjid Quba di Madinah dalam satu catatan Facebook pada 18 Mei. - Foto FACEBOOK FAISHAL IBRAHIM
Bulan Zulhijah tiba, membawa fasa penting lagi bermakna bagi jemaah haji Singapura yang telah berbulan-bulan membuat persiapan, menanti penuh debar; kini detik suci menunaikan rukun Islam kelima kian menjelang, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Mengalu-alukan kedatangan Zulhijah dalam satu catatan Facebook pada 18 Mei, Dr Faishal berkata bulan itu bukan sekadar istimewa buat Muslim sejagat, tetapi juga meraikan makna pengorbanan dan peluang menjana iman.
Laporan berkaitan
Mufti: Hari Raya Haji 27 MeiMay 17, 2026 | 7:28 PM
Haji 2026: Kumpulan terakhir warga S’pura selamat sampai di SaudiMay 14, 2026 | 12:28 AM
