Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Faishal: Masjid Istiqamah beroperasi seperti biasa, tiada bahan bahaya dalam bungkusan

Sep 25, 2025 | 1:56 PM
Pemangku Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Faishal Ibrahim (tiga dari kiri) bersama jemaah Masjid Al-Istiqamah.
Pemangku Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Faishal Ibrahim (tiga dari kiri) bersama jemaah Masjid Al-Istiqamah. - Foto FACEBOOK/FAISHAL IBRAHIM

Masjid Al-Istiqamah Mosque akan terus beroperasi seperti biasa selepas tiada bahan berbahaya ditemui dalam bungkusan yang dihantar ke sana pada 24 September, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Faishal Ibrahim.

Menulis di Facebook sekitar 11 pagi pada 25 September, Dr Faishal berkata beliau juga telah melawat kakitangan masjid yang dibawa ke Hospital Besar Sengkang dan kakitangan itu berada dalam keadaan baik.

Kakitangan tersebut dihantar ke hospital pada 24 September selepas beliau mengalami sesak nafas.

Jemaah di masjid yang terletak di Serangoon North itu diarahkan keluar pada 24 September selepas bungkusan yang mencurigakan dihantar ke sana.

Kakitangan masjid yang ditemui Berita Harian pada hari yang sama berkata ada yang berasa pening dan mual selepas melihat bungkusan tersebut.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah mengerahkan pasukan pakar bahan berbahaya (HazMat) untuk menyiasat dengan masjid ditutup dari sekitar 5.20 pagi hingga lewat malam.

Sementara itu, Dr Faishal berkata beliau telah menyertai jemaah lain untuk menunaikan solat Subuh pada 25 September selepas masjid itu dibuka semula.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada kakitangan masjid kerana sentiasa berwaspada dan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Dr Faishal mengingatkan masyarakat supaya tidak menyebar maklumat tidak tepat sementara siasatan dijalankan.

“Kami sedang menyiasat perkara ini dan kami menganggapnya amat serius. Insiden sebegitu tidak boleh diterima.

“Polis juga sedang menyiasat semua perkara dan kami akan berusaha segigih yang termampu untuk memastikan masyarakat kita selamat.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg