Topic followed successfully
Go to BHkuHaji 2026: Kumpulan terakhir warga S’pura berangkat ke Saudi
Haji 2026: Kumpulan terakhir warga S’pura berangkat ke Saudi
Faishal: Sokongan berterusan kedutaan Arab Saudi, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi permudah urusan jemaah setempat
May 14, 2026 | 12:28 AM
Haji 2026: Kumpulan terakhir warga S’pura berangkat ke Saudi
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (dua dari kiri) beramah tamah dengan jemaah yang bakal menunaikan ibadah haji di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi pada 13 Mei. Beliau ditemani Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Mohamed Sa’at Abdul Rahman (kiri) dan Duta Kerajaan Arab Saudi ke Singapura, Encik Mohammad Abdullah S. Al Ghamdi (tengah). - Foto BH oleh FANDY RAZAK
Kumpulan jemaah haji terakhir dari Singapura bagi musim haji 2026 - sekitar 300 orang - telah berangkat dari Singapura ke Madinah pada dinihari 14 Mei.
Mereka menyusul dua kumpulan jemaah haji setempat yang telah berangkat ke Arab Saudi pada 9 Mei dan 12 Mei.
Laporan berkaitan
Peluang tunai haji hadiah hari lahir berhargaMay 10, 2026 | 1:17 AM
Ibadah korban S’pura dapat sambutan meski keadaan tidak menentu May 11, 2026 | 7:56 PM
Faishal: Persiapan awal haji dibuat berterusan, pastikan kesejahteraan jemaahMay 9, 2026 | 2:52 PM
