Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jumlah warga emas tinggal sendiri tambah seganda dalam sedekad

Jul 7, 2025 | 4:00 PM
Tinjauan, warga emas, tinggal sendiri
Lebih ramai warga emas berusia 65 tahun dan ke atas tinggal bersendirian pada 2024 berbanding 2014. - Foto fail

Bilangan warga emas berusia 65 tahun dan ke atas yang tinggal bersendirian di rumah di Singapura telah meningkat lebih seganda dalam tempoh sedekad.

Menurut Laporan Trend Keluarga 2025 Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) yang dikeluarkan pada 7 Julai, perangkaan itu meningkat daripada 42,100 warga emas pada 2014 kepada 87,200 warga emas pada 2024.

Butiran laporan tersebut didedahkan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam satu Majlis Penghargaan Pesta Keluarga Nasional (NFF) 2025 di Hotel One Farrer.

Trend demikian selari dengan peningkatan keseluruhan jumlah penduduk warga emas yang meningkat daripada 466,300 orang pada 2014 kepada 767,900 orang pada 2024. 

Namun, laporan itu mendedahkan meskipun bilangan warga emas yang tinggal bersendirian kian meningkat, kebanyakan daripada mereka masih tinggal bersama pasangan dan/atau anak – seramai 168,100 orang pada 2014 dan 271,800 orang pada 2024.

Laporan Tinjauan Mutu Hidup 2024 yang dijalankan oleh Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) turut menunjukkan perkembangan memberangsangkan.

Sebanyak 62 peratus warga emas menyatakan mereka berpuas hati dengan sokongan yang diterima daripada keluarga, manakala 62.3 peratus pula melaporkan mereka mempunyai hubungan positif dengan anggota keluarga mereka.

Satu tinjauan berasingan oleh MSF pada 2023 turut menekankan kepentingan hubungan antara generasi, dengan 90.4 peratus responden bersetuju hubungan rapat antara datuk nenek dengan cucu perlu dikekalkan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg