Lebih 2,000 jemaah semarak malam-malam akhir Ramadan di Darul Makmur

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 2,000 jemaah semarak malam-malam akhir Ramadan di Darul Makmur

Mar 15, 2026 | 5:09 PM

Lebih 2,000 jemaah semarak malam-malam akhir Ramadan di Darul Makmur

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
jemaah, semarak malam-malam akhir Ramadan, Darul Makmur, Faishal 
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (baju kuning), bergambar bersama lebih 500 peserta ‘Ramadan Youth Challenge’ dan pemimpin masjid di Masjid Darul Makmur pada 14 Mac. - Foto MUIS

Lebih 2,000 jemaah berkumpul di Masjid Darul Makmur pada 14 Mac bagi menghayati antara malam-malam terakhir Ramadan.

Acara ini disertai Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, dan juga lebih 500 peserta program Ramadan Youth Challenge.

Dr Faishal turut menyertai sesi dialog bersama 10 pemimpin belia untuk lebih memahami cabaran dalam mendekati lebih ramai anak-anak muda dan menggalak mereka menyertai kegiatan masjid.

Perbincangan itu turut meneroka wadah sokongan dan sumber yang diperlukan pemimpin belia untuk memperkukuh usaha pendekatan mereka serta membantu belia rasa lebih dekat dan terhubung dengan masjid.

Dr Faishal berkata adalah sangat memberangsangkan melihat ramai belia Muslim tampil sebagai pemimpin dalam masyarakat pada malam-malam terakhir Ramadan.

“Semasa dialog kami, saya mendengar sendiri bagaimana para belia ini bekerjasama dengan pihak masjid dalam pelbagai inisiatif yang bermakna. Saya bangga dengan belia kita kerana mengambil inisiatif dan menunjukkan kepimpinan dalam usaha mereka.

“Komitmen mereka untuk berbakti sambil mengukuhkan iman sendiri membuktikan impak positif yang boleh dibawa oleh golongan muda apabila diberikan platform dan sokongan yang tepat.

“Saya berharap semangat mereka akan memberi inspirasi kepada belia lain untuk memimpin dengan penuh keikhlasan, amanah dan rasa syukur,” kata Dr Faishal.

Sebuah inisiatif utama di bawah SalamSG, Ramadan Youth Challenge berlangsung serentak dari 14 hingga 15 Mac di empat daerah masjid – Masjid Sultan di selatan, Masjid Al-Mukminin di barat, Masjid Ahmad Ibrahim di utara dan Masjid Al-Mawaddah di timur.

Diterajui pegawai pembangunan belia dan pemimpin belia masjid, program tersebut bertujuan memperkukuh hubungan belia dengan masjid selain membina keyakinan mereka sebagai pemimpin masyarakat.

Sementara itu, dalam menyampaikan tazkirah kepada jemaah, Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir, mengajak masyarakat Islam merenung fadhilat Lailatul Qadar yang mendalam dan memburu keberkatannya dengan penuh keikhlasan serta ketakwaan.

Sedang bulan suci Ramadan menghampiri penghujungnya, Dr Nazirudin turut menekankan pentingnya terus mengamalkan pengajaran tentang kesabaran, kesyukuran dan pertumbuhan rohani selepas Ramadan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg