Belia Masjid Ar-Raudhah semarak Ramadan melalui ibadah, khidmat masyarakat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Belia Masjid Ar-Raudhah semarak Ramadan melalui ibadah, khidmat masyarakat

Bawa semangat Ramadan keluar dari masjid bagi dekati penghuni pusat warga emas Ren Ci
Mar 13, 2026 | 5:30 AM

Belia Masjid Ar-Raudhah semarak Ramadan melalui ibadah, khidmat masyarakat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
masjid ar-raudhah
Antara program utama yang digerakkan belia Masjid Ar-Raudhah ialah Tarawih @ Ren Ci, yang membawa ibadah Ramadan terus kepada penghuni pusat jagaan warga emas Ren Ci di Bukit Batok. - Foto-foto MASJID AR-RAUDHAH

Belia terus memainkan peranan penting dalam memakmurkan aktiviti masjid dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam masyarakat.

Sempena Ramadan ini, belia di Masjid Ar-Raudhah melaksanakan beberapa inisiatif yang bukan sahaja menghidupkan suasana ibadah, bahkan memperkukuh hubungan dengan masyarakat sekitar melalui program dakwah dan kebajikan.

Antara program utama yang dianjurkan ialah Tarawih @ Ren Ci, yang membawa semangat ibadah Ramadan keluar dari ruang masjid untuk mendekati penghuni di pusat jagaan warga emas di Ren Ci di Bukit Batok Street 52.

Program itu memberi peluang kepada belia untuk ke hadapan dalam memimpin dan menguruskan aktiviti ibadah, di samping membina hubungan mesra dengan penghuni di pusat tersebut.

Menurut Pengerusi Eksekutif Masjid Ar-Raudhah, Encik Zuraimi Abdul Basheer, sepanjang beberapa minggu Ramadan, sukarelawan belia itu hadir setiap Jumaat untuk menunaikan solat tarawih bersama penghuni Ren Ci, sekali gus menyemai nilai kemasyarakatan, empati, dan khidmat kepada golongan memerlukan perhatian masyarakat.

“Program tersebut juga memberi ruang kepada belia kita untuk mempraktikkan nilai kepimpinan dan tanggungjawab dalam menguruskan aktiviti kemasyarakatan.

“Interaksi bersama penghuni Ren Ci membuka peluang kepada generasi muda untuk memahami realiti kehidupan warga emas serta menghargai kepentingan kasih sayang dan sokongan sosial dalam masyarakat.

“Minggu ini menandakan sesi terakhir bagi program Tarawih @ Ren Ci bagi Ramadan 2026, setelah beberapa siri pelaksanaannya berjaya menghidupkan suasana ibadah dan ukhuwah antara sukarelawan belia dan penghuni pusat tersebut,” ujar Encik Zuraimi.

Selain pengisian ibadah, belia Masjid Ar-Raudhah turut menggerakkan usaha kebajikan melalui kempen Al-Fateh Ar-Raudhah Donation Drive, yang bertujuan mengumpul dana bagi membantu keluarga memerlukan menjelang Ramadan.

“Hasil sokongan masyarakat dan penyumbang, kempen ini berjaya mengumpulkan sejumlah $2,830, yang kemudiannya disalurkan kepada 20 keluarga memerlukan di seluruh Singapura.

“Sumbangan tersebut membantu menyediakan barang keperluan asas bagi iftar dan sambutan Aidilfitri, khususnya bagi warga emas dan keluarga ibu atau bapa tunggal yang memerlukan sokongan masyarakat.

“Inisiatif ini mencerminkan semangat Ramadan yang sebenar, iaitu menggabungkan ibadah dengan keprihatinan sosial.

“Melalui pelibatan aktif dalam program kebajikan, belia bukan sahaja menghidupkan nilai perpaduan masyarakat, malah membuktikan bahawa peranan generasi muda amat penting dalam memastikan masjid terus berfungsi sebagai pusat kebajikan, dakwah dan penyatuan masyarakat,” tambah Encik Zuraimi.

Seiring usaha itu, Masjid Ar-Raudhah turut mengalu-alukan sokongan masyarakat melalui Dana Ramadan Masjid Ar-Raudhah, yang menyokong pelaksanaan pelbagai program ibadah, pendidikan dan kebajikan sepanjang Ramadan.

Sumbangan yang diberi akan membantu memastikan kelangsungan aktiviti seperti solat tarawih, tadarus Al-Quran, program kebajikan serta usaha khidmat masyarakat yang memberi manfaat kepada jemaah dan golongan memerlukan.

Encik Zuraimi berkata: “Masjid Ar-Raudhah merakamkan penghargaan kepada penyumbang, sukarelawan dan belia yang terus komited menyumbang tenaga dan masa dalam menjayakan program Ramadan masjid ini.

“Diharapkan usaha ini akan terus memupuk semangat berkhidmat, kebersamaan dan keprihatinan dalam masyarakat, sekali gus menjadikan Ramadan medan memperkukuh iman dan ukhuwah.”

DERMA KEPADA PROJEK PENINGKATAN MASJID AR-RAUDHAH:

1. PayNow: UEN S93MQ0024E. Isikan ‘Infak MUP’ dalam ruangan ‘rujukan’. Selepas membuat sumbangan, sila WhatsApp ke talian 9461-4306.

2. Pemindahan bank ke akaun semasa OCBC 501-806368-001.

3. Cek atas nama ‘Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah’ dan dikirimkan kepada masjid di 30 Bukit Batok East Avenue 2, Singapura 659919.

4. Lungsuri laman https://arraudhahmosque.com/ bagi perincian selanjutnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg