Lebih 90 keluarga terima habuan sempena Hari Raya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 90 keluarga terima habuan sempena Hari Raya

Bungkusan barangan dapur diagih pada acara Iftar Harmoni Ramadan
Mar 10, 2026 | 2:29 PM

Lebih 90 keluarga terima habuan sempena Hari Raya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapura, Hari Raya, Iftar Harmoni Ramadan, Masjid Ar-Raudhah, GRC Jurong East-Bukit Batok, Cik Rahayu Mahzam
Acara Iftar Harmoni Ramadan 2026 di Masjid Ar-Raudhah pada 8 Mac. - Foto VISION TWENTY-ONE

Lebih 90 keluarga menerima bantuan menjelang Hari Raya dengan bungkusan barangan dapur sempena acara Iftar Harmoni Ramadan 2026 yang berlangsung di Masjid Ar-Raudhah pada 8 Mac.

Turut hadir pada acara tersebut ialah Menteri Negara (Kesihatan merangkap Penerangan dan Pembangunan Digital) serta Anggota Parlimen GRC Jurong East-Bukit Batok, Cik Rahayu Mahzam.

Inisiatif murni ini ditaja oleh pertubuhan tidak mengaut untung, Vision Twenty-One Welfare Society, dan disokong oleh PA Mesra, Masjid Ar-Raudhah serta Kelab Masyarakat (CC) Bukit Batok dan Bukit Batok East.

Secara keseluruhan, lebih 300 bungkusan yang mengandungi keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, ketupat segera, pes masak merah, pes rendang, kerisik, serbuk kunyit, campuran rempah kurma, sos, minuman serta kuih Raya, telah diagihkan.

Sumbangan ini diharap dapat memberi kelegaan serta dorongan kepada keluarga yang memerlukan, sekali gus membolehkan mereka menyambut Hari Raya dengan penuh kegembiraan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg