Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lintas hormat udara RSAF, perarakan kenderaan tentera serentak semasa

Jul 10, 2025 | 12:00 PM
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penyertaan Udara (APC) NDP 2025, Pakar Tentera 6 (ME6) Wong Khiong Peng Patrick (tengah), bertanggungjawab menyajikan paparan udara yang menakjubkan bagi penonton pada Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2025. Bersamanya termasuk Ketua formasi dan Juruterbang jet pejuang F-15SG, LTC Muhammad Iskandar Dzhulfadhli Abdul Rahman (empat dari kiri).
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penyertaan Udara (APC) NDP 2025, Pakar Tentera 6 (ME6) Wong Khiong Peng Patrick (tengah), bertanggungjawab menyajikan paparan udara yang menakjubkan bagi penonton pada Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2025. Bersamanya termasuk Ketua formasi dan Juruterbang jet pejuang F-15SG, LTC Muhammad Iskandar Dzhulfadhli Abdul Rahman (empat dari kiri). - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Buat kali pertama dalam sejarah Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP), rakyat Singapura akan menyaksikan paparan bersepadu lintas hormat udara oleh Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dan perarakan kenderaan tentera atau ‘mobile column’ di Padang.

Segmen dalam NDP 2025 ini menampilkan 22 pesawat RSAF yang terbang dalam empat formasi yang diselaraskan.

Antaranya, ia dimulakan dengan formasi Multi Axis Flypast, di mana enam jet pejuang F-15SG menghampiri dari arah bertentangan, berselisih di ruang udara Padang, sebelum memecut naik secara serentak menggunakan pembakar lanjut.

Keempat-empat formasi udara tersebut akan diselaraskan dengan segmen perarakan kenderaan tentera yang bertemakan ‘Pertahankan Negara Kita’ dan ‘Kekuatan Kita dalam Tindakan’.

Semasa sesi bertemu media di Pangkalan Udara Paya Lebar pada 4 Julai, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penyertaan Udara (APC) NDP 2025, Pakar Tentera 6 (ME6) Patrick Wong Khiong Peng, berkongsi bahawa lintas hormat pelbagai arah ini direka khas untuk menambah baik pengalaman penonton dalam mereka menikmati paparan udara dari pelbagai sudut.

“Jika saya datang dari kiri dan kanan, saya tidak akan dapat terbang betul-betul di atas ruang persembahan kerana penonton di setiap sektor perlu mendongak hampir secara menegak untuk melihatnya dan itu bukanlah persembahan yang ideal daripada pihak kami.

“Bagi SG60 (ulang tahun ke-60 kemerdekaan Singapura), kami memutuskan untuk memberi penonton pengalaman yang lebih baik di Padang dengan pesawat pejuang yang datang dari pelbagai sektor,” ujar ME6 Wong, 54 tahun.

Selepas formasi Multi Axis Flypast, ia diikuti dengan Jet Formation Flypast dari arah barat melibatkan sebuah pesawat Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan A330 (MRTT), empat jet pejuang F-16 dan sebuah pesawat Amaran Awal Bawaan-Udara Gulfstream G550.

Seterusnya, Helicopter Formation Flypast dari arah selatan menyaksikan helikopter tentera laut S-70B Seahawk, dua Apache AH-64D, dua H225M dan satu helikopter Chinook CH-47.

Akhir sekali, Transport Formation Flypast dari arah timur yang menampilkan dua pesawat pengangkut Hercules C-130 dan dua pesawat ronda maritim Fokker 50.

Dalam paparan udara sempena meraikan SG60, enam jet pejuang F-15SG akan melakukan Penghormatan SG60, atau SG60 Tribute, dengan terbang dalam formasi delta yang rapat, dengan dua pesawat sayap berpusing keluar dan memecut naik secara serentak.

Empat jet F-15SG yang selebihnya akan meneruskan penerbangan dalam formasi ‘berlian’.

“Mengikuti rapat formasi ini adalah empat jet pejuang F-16 dalam formasi ‘berlian’ juga, meraikan Jubli Berlian Singapura,” ujar ME6 Wong.

Secara keseluruhan, sebanyak 26 pesawat RSAF akan terlibat dalam pelbagai segmen sempena NDP 2025.

Selain itu, penonton juga akan melihat acara terbang lalu bendera negara dan pertunjukan udara RSAF sebagai tabik hormat kepada negara.

Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2025 ini merupakan kali pertama Pegawai Komand (CO) Skuadron 142 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), Leftenan-Kolonel (LTC) Muhammad Iskandar Dzhulfadhli Abdul Rahman, mengetuai ketua formasi F-15SG dalam segmen paparan udara. Sebelum ini, beliau pernah terlibat sebagai juruterbang F-15SG pada NDP 2015, sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan Singapura ke-50 (SG50), dan 2021.
Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2025 ini merupakan kali pertama Pegawai Komand (CO) Skuadron 142 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), Leftenan-Kolonel (LTC) Muhammad Iskandar Dzhulfadhli Abdul Rahman, mengetuai ketua formasi F-15SG dalam segmen paparan udara. Sebelum ini, beliau pernah terlibat sebagai juruterbang F-15SG pada NDP 2015, sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan Singapura ke-50 (SG50), dan 2021. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Antara pegawai RSAF yang terlibat adalah Leftenan-Kolonel (LTC) Muhammad Iskandar Dzulfadhli Abdul Rahman.

Mengetuai formasi delta F-15SG buat kali pertama, Pegawai Komand (CO) Skuadron 142 RSAF itu menegaskan bahawa keselamatan dan ketepatan menjadi keutamaan.

“Kami terbang merentasi kawasan kejiranan dan Kawasan Pusat Bandar (CBD), dan ini bermakna semua profil kami mengambil kira pelbagai kemungkinan bagi memastikan keselamatan orang ramai sentiasa terpelihara.

“Sebagai ketua formasi, saya bertanggungjawab untuk memastikan formasi tiba di ruang udara Padang tepat pada saat yang ditetapkan,” kongsi LTC Iskandar, yang juga pernah terlibat sebagai juruterbang F-15SG pada NDP 2015, sempena SG50, dan pada 2021.

Penduduk di kawasan kejiranan juga boleh menyaksikan acara tradisi yang masuk tahun keenam diadakan, iaitu terbang lalu bendera negara gergasi yang dibawa dua helikopter Chinook CH-47 pada 9 Ogos, dari 5.30 petang hingga 6.20 petang.

Masing-masing diiringi oleh dua helikopter Apache AH-64D, yang akan melintasi ruang udara beberapa kawasan kejiranan dalam dua laluan.

Bagi laluan timur, ia merangkumi estet kejiranan Seletar, Sengkang, Punggol, Pasir Ris, Tampines, Bedok dan East Coast.

Manakala bagi laluan barat, ia meliputi kawasan seperti Bukit Batok, Woodlands, Choa Chu Kang, Jurong dan West Coast.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg