Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masjid daerah barat lawan bola demi pupuk gaya hidup sihat, cegah penyalahgunaan dadah

Dec 6, 2025 | 11:30 PM
Lebih 150 pemain berkumpul di gelanggang futsal di Yishun Central untuk menyertai pertandingan bola sepak pada 6 Disember demi memupuk gaya hidup sihat dan bebas dadah melalui sukan. Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (baris depan, lima dari kiri) turut sertai acara tahunan itu.
Lebih 150 pemain berkumpul di gelanggang futsal di Yishun Central untuk menyertai pertandingan bola sepak pada 6 Disember demi memupuk gaya hidup sihat dan bebas dadah melalui sukan. Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (baris depan, lima dari kiri) turut sertai acara tahunan itu. - Foto oleh MASJID AHMAD

Gelanggang futsal yang terletak di 32, Yishun Central 1 meriah dengan lebih 150 pemain yang berkumpul untuk satu pertandingan bola sepak pada 6 Disember.

Acara tahunan itu, yang dianjurkan bersama Masjid Tiga Serangkai (Masjid Ahmad, Masjid Hang Jebat dan Masjid Hussain Sulaiman) serta kempen Dadah Itu Haram (DIH), bertujuan menggalak gaya hidup sihat dan bebas dadah melalui sukan.

Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim turut hadir semasa acara itu yang memasuki edisi ketiga.

Persaingan itu turut menghimpunkan pasukan daripada masjid kawasan daerah barat lain seperti Masjid Darussalam, Masjid Al-Khair, Masjid Pusara Aman dan Masjid Hasanah, dengan setiap pasukan terdiri daripada lapan pemain.

Pasukan Masjid Hussain Sulaiman akhirnya dinobatkan sebagai juara keseluruhan tahun ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg