Topik diikuti
Pergi ke BHkuNaskhah BH ‘santapan maklumat’ sempena Aidiladha
Naskhah BH ‘santapan maklumat’ sempena Aidiladha
Naskhah BH ‘santapan maklumat’ sempena Aidiladha
Para jemaah di Masjid Assyakirin tidak melepaskan peluang mendapatkan naskhah Berita Harian (BH) selepas solat Hari Raya Aidiladha pada 27 Mei.
Antaranya, ialah warga emas yang ingin dikenali sebagai Encik Abdul Aziz, 68 tahun, yang ditemui sedang meluangkan masa membaca dan membincangkan laporan dalam Berita Harian (BH) selepas solat Hari Raya Aidiladha di masjid itu.
Beliau menyambut baik saiz kompak baharu BH, sambil menambah bahawa ia lebih mudah dibaca kerana susun atur rencananya yang “lebih kemas dan tidak memenatkan mata”.
Sebanyak 4,000 naskhah akhbar harian Melayu itu diagihkan secara percuma di 40 masjid di seluruh Singapura pada hari tersebut, sebagai sebahagian daripada pengagihan keseluruhan 12,000 naskhah sepanjang tiga hari.
Antara masjid lain yang turut menerima naskhah percuma BH termasuk Masjid Al-Istighfar di Pasir Ris, Masjid Al-Mawaddah di Compassvale Bow dan Masjid Ar-Raudah di Bukit Batok.
