Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NDP 1974: Perbarisan pertama disiar secara berwarna di televisyen

Jul 21, 2025 | 5:34 PM
Penonton buat kali pertama menyaksikan siaran langsung Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 1974 secara berwarna di televisyen. Gambar menunjukkan keadaan di People’s Park Complex ketika itu.
Penonton buat kali pertama menyaksikan siaran langsung Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 1974 secara berwarna di televisyen. Gambar menunjukkan keadaan di People’s Park Complex ketika itu. - Foto fail

Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 1974 mencatat sejarah apabila buat kali pertama, ia disiarkan secara berwarna di televisyen.

Singapura mula menyiarkan rancangan televisyen dalam warna-warni pada 1974, hanya 11 tahun selepas televisyen diperkenalkan di sini.

Ia turut menampilkan pertunjukan udara terbesar setakat itu, melibatkan 56 pesawat daripada Komand Pertahanan Udara Singapura.

Perarakan kereta berhias berwarna-warni yang menjadi tarikan utama, turut menghiasi pentas.

Perbarisan diakhiri dengan pertunjukan bunga api yang gah di kawasan pelabuhan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg