NDP 1976: Perbarisan pertama di Stadium Negara lama
Aug 5, 2025 | 7:01 PM
Buat kali pertama pada 1976, Stadium Negara lama di Kallang menjadi tempat bagi Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) yang diadakan untuk menyambut ulang tahun Singapura.
Lebih 65,000 penonton menyaksikan terbang lintas hormat udara, perbarisan 65 kontinjen dan persembahan serta pertunjukan bunga api di stadium tersebut.
Stadium Negara lama itu merupakan rumah kepada 18 NDP antara 1976 dengan 2006.
Pada 2007, NDP diadakan di Pentas Terapung Marina Bay buat julung-julung kalinya.
Stadium itu membolehkan penonton menonton persembahan dan pertunjukan penuh NDP.
Sebelum ini, penonton terpaksa berasak-asak apabila menyaksikan NDP di Padang.
Laporan berkaitan
NDP 2007: Perbarisan pertama di Pentas Terapung Marina BayJul 31, 2025 | 8:21 PM
NDP 1984: Lagu patriotik bakar semangat warga S’puraJul 23, 2025 | 9:22 PM

