Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NDP 1984: Lagu patriotik bakar semangat warga S’pura

Jul 28, 2025 | 5:30 AM
The Cardinal Points Pte Ltd, NDP
Kereta berhias bertema watak kartun, ‘Smurf’, diusahakan syarikat, The Cardinal Points Pte Ltd, mewarnai Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) pada 7 Ogos 1984. Kereta berhias itu melambangkan kejayaan Singapura dalam pembangunan negara selama 25 tahun. - Foto fail

Singapura meraikan pembangunan negara selama 25 tahun sempena sambutan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 1984 dengan memperkenalkan lagu NDP pertama dalam sejarah, Stand Up For Singapore.

Lagu ciptaan penggubah dari Canada, Hugh Harrison, atas tugasan Kementerian Kebudayaan (ketika itu) kemudian membuka jalan bagi ciptaan lagu patriotik lain oleh Harrison seperti Count On Me, Singapore, dan We Are Singapore, pada tahun-tahun berikutnya.

Perarakan jentera tentera besar, melibatkan 116 kenderaan, bergerak dari City Hall menuju ke Serangoon Road.

Sempena sambutan tersebut, satu pertandingan diadakan di Kallang sebelum sambutan NDP pada 9 Ogos 1984 bagi memilih hiasan kereta terbaik untuk ditampilkan dalam sambutan NDP di Padang.

Sebanyak 12 kereta berhias diusahakan beberapa syarikat, termasuk syarikat penerbangan, Singapore Airlines dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Kereta berhias itu turut melalui kawasan kejiranan dan estet perumahan dari Jurong ke Bedok, dan Marsiling ke Orchard Road, bagi sambutan NDP di kejiranan dari 9 hingga 12 Ogos.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg