NDP 1974: Perbarisan pertama disiar secara berwarna di televisyen
NDP 1974: Perbarisan pertama disiar secara berwarna di televisyen
Jul 21, 2025 | 5:34 PM
Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 1974 mencatat sejarah apabila buat kali pertama, ia disiarkan secara berwarna di televisyen.
Singapura mula menyiarkan rancangan televisyen dalam warna-warni pada 1974, hanya 11 tahun selepas televisyen diperkenalkan di sini.
Ia turut menampilkan pertunjukan udara terbesar setakat itu, melibatkan 56 pesawat daripada Komand Pertahanan Udara Singapura.
Perarakan kereta berhias berwarna-warni yang menjadi tarikan utama, turut menghiasi pentas.
Perbarisan diakhiri dengan pertunjukan bunga api yang gah di kawasan pelabuhan.
Laporan berkaitan
Sambutan merdeka merentasi masaJul 17, 2025 | 8:31 PM
BG Fairoz bawa nilai keluarga, keikhlasan, semangat bakti ke medan kepimpinan SAFJul 11, 2025 | 11:13 AM

