Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NDP 2022: Warga terharu mengalir air mata nyanyi Lagu Kebangsaan

Jul 22, 2025 | 4:18 PM
Detik emosi, Encik Azuan Tan, semasa Lagu Kebangsaan dimainkan.
Detik emosi, Encik Azuan Tan, semasa Lagu Kebangsaan dimainkan. - Foto TANGKAP LAYAR YOUTUBE NDPEEPS

Pada Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2022, seorang penonton kelihatan menitiskan air mata ketika menyanyikan Lagu Kebangsaan di penghujung acara.

Detik penuh emosi itu segera menjadi tular di Internet.

Reaksi Encik Azuan Tan, 41 tahun, dirakam kamera dan disiarkan secara langsung.

Encik Azuan memberitahu The Straits Times (ST) beliau amat tersentuh dengan emosi yang dibangkitkan oleh NDP tahun itu, yang bertema, ‘Stronger Together, Majulah’.

“Saya rasa keseluruhan NDP disusun dengan sangat baik. Ia menyampaikan sebuah naratif yang amat menyentuh hati dan benar-benar dekat dengan jiwa saya,” kata Encik Azuan, guru di Sekolah Menengah Bedok View, ketika diwawancara ketika itu.

“Saya sangat menghormati semua yang telah menyumbang semasa pandemik Covid-19 – jururawat, doktor, petugas barisan hadapan dan para pendidik.

“Semua itu, apabila digabungkan, mencetuskan satu detik yang beremosi.

“Limpahan emosi itu adalah tanda terima kasih saya dan penghargaan ikhlas kepada semua pihak.”

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada waktu itu, Encik Lawrence Wong, berkata dalam satu hantaran di Facebook bahawa gambar itu telah menjadi salah satu imej ikonik pada NDP 2022.

“Ia merupakan lebih dua tahun yang mencabar – dan bagi kebanyakan daripada kita, ia adalah satu pengalaman yang penuh emosi,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg