Semasa kecil, ibu Encik Muhammad Dzulkifly Ahmad Kandias Abdul Ghani sering mendesaknya untuk ke masjid namun beliau lebih suka mengelak solat berjemaah di masjid dan bermain dengan kawan-kawannya

Berkat desakan ibunya itu, ia telah memupuk benih kecintaan beliau terhadap Masjid En-Naeem di Hougang.

Bahkan, kehidupan Encik Dzulkifly, 43 tahun, juga berubah sepenuhnya hasil dorongan rakan positif yang beliau menemui di masjid tersebut.

Suasana kekeluargaan di sana mengikat jiwanya untuk terus dekat dengan masjid dan tolong menolong, sekali gus terdorong untuk mendidik tiga anak lelakinya agar mesra masjid sejak kecil.

Walau pernah terkesan dengan kes membabitkan persekitaran agama baru-baru ini, pengasas bersama dua syarikat latihan belia dan keluarga itu tetap yakin institusi suci itu kekal sebagai ruang selamat untuk membina generasi masa hadapan.