Pencalonan dibuka bagi Anugerah Guru Arif Budiman 2026

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pencalonan dibuka bagi Anugerah Guru Arif Budiman 2026

Feb 2, 2026 | 5:43 PM

Pencalonan dibuka bagi Anugerah Guru Arif Budiman 2026

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapura, AGAB, Anugerah Guru Arif Budiman, pencalonan, nomination, teachers, guru, Bahasa Melayu
Pencalonan bagi Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) 2026 telah dibuka pada 2 Februari bagi mengiktiraf guru mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dan menengah, maktab rendah dan Institut Millenia yang memberi sumbangan besar dalam pengajaran Bahasa Melayu hingga 13 Mac. - Foto fail

Pencalonan bagi Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) 2026 dibuka pada 2 Februari bagi mengiktiraf guru mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dan menengah, maktab rendah dan Institut Millenia yang memberi sumbangan besar dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Pelajar, pendidik, ibu bapa dan orang ramai dijemput mencalonkan guru cemerlang Bahasa Melayu bagi anugerah tersebut hingga 13 Mac 2026.

Anugerah itu dianjurkan bersama Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Persatuan Guru Bahasa Melayu (PGBM), Berita Harian (BH) dan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC).

Calon dinilai berdasarkan keupayaan mereka menyemarakkan penglibatan pelajar terhadap bahasa, sastera dan budaya Melayu melalui pendekatan pengajaran kreatif selain penggunaan alat pembelajaran digital yang mewujudkan pengalaman interaktif, di samping melengkapkan pelajar dengan kemahiran abad ke-21 dan keprihatinan terhadap kesejahteraan pelajar mereka.

Mereka juga dinilai berdasarkan kebolehan mencerminkan nilai murni Arif Budiman, iaitu insan berilmu pengetahuan yang telah berbakti kepada masyarakat melalui khidmat cemerlang dan menjadi suri teladan sebagai seorang pendidik.

Anugerah itu akan diberi dalam dua kategori – Perangsang (kurang 10 tahun dalam perkhidmatan perguruan) dan Teladan (10 tahun dan ke atas dalam perkhidmatan perguruan).

Penerima anugerah akan diumumkan pada September 2026.

Dianjurkan sejak 2007, Agab telah mengiktiraf 83 guru Bahasa Melayu.

Borang pencalonan Agab boleh dimuat turun daripada www.mbms.sg, www.mllpc.sg dan www.beritaharian.sg.

Pencalonan juga boleh dibuat dalam talian melalui https://go.gov.sg/agab-2026.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi jawatankuasa penganjur Agab 2026 di MOE_MLLPC_Secretariat@moe.gov.sg.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg