Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peningkatan Masjid Darul Makmur: Pelaburan bermakna, kemudahan mesra masyarakat

[ο] Tapak sementara di bekas Sekolah Menengah North View sambut jemaah bagi solat Jumaat terakhir [ο] Masjid Darul Makmur buka pintu semula setelah selesai kerja naik taraf sejak April 2023
Jun 6, 2025 | 7:16 PM
Masjid Darul Makmur, solat Jumaat, pembukaan semula masjid
Masyarakat berharap Masjid Darul Makmur yang baru akan memberi keselesaan dan kemudahan untuk setiap lapisan masyarakat. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Sebaik sahaja beliau tiba di tapak sementara Masjid Darul Makmur di bekas Sekolah Menengah North View untuk solat Jumaat pada 6 Jun, beliau membuka alat kaki palsunya dan duduk di lantai sambil menunggu waktu solat.

Encik Abdul Rahman Mohsin, 75 tahun, merupakan penduduk Yishun yang sering ke Masjid Darul Makmur untuk menunaikan solat.

Beliau merupakan antara golongan berkeperluan khas apabila kaki kanannya dipotong akibat kencing manis.

Justeru Encik Abdul Rahman berharap penambahbaikan yang dijalankan akan menjadikan Masjid Darul Makmur lebih mesra untuk golongan keperluan khas.

Encik Abdul Rahman Mohsin (duduk di lantai, dua dari kiri), yang kaki kanannya perlu dipotong akibat kencing manis, berharap penambahbaikan di Masjid Darul Makmur akan menjadikan masjid itu lebih mesra untuk golongan keperluan khas sepertinya.
Encik Abdul Rahman Mohsin (duduk di lantai, dua dari kiri), yang kaki kanannya perlu dipotong akibat kencing manis, berharap penambahbaikan di Masjid Darul Makmur akan menjadikan masjid itu lebih mesra untuk golongan keperluan khas sepertinya. - Foto BH oleh HIDAYAT RAFII

Masjid Darul Makmur mula beroperasi pada 6 Jun bagi solat maghrib dan dijadual membuka pintunya bagi solat Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun.

Namun, pembukaan rasmi bagi masjid tersebut hanya akan diadakan pada Julai.

Masjid yang terletak di Yishun Avenue 2 itu ditutup sejak 24 April 2023 bagi kerja-kerja naik taraf besar-besaran.

Untuk mengatasi keperluan ruang solat di kawasan Nee Soon, sebuah tapak sementara di 530 Yishun Ring Road telah disediakan.

Ia merupakan hasil kerjasama pemimpin akar umbi Nee Soon, Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Tapak sementara itu menawarkan ruang solat Hari Raya Aidiladha terakhir pada 7 Jun sebelum menutup tirainya.

Suasana solat Jumaat terakhir di tapak sementara Masjid Darul Makmur di bekas Sekolah Menengah North View pada 6 Jun.
Suasana solat Jumaat terakhir di tapak sementara Masjid Darul Makmur di bekas Sekolah Menengah North View pada 6 Jun. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
Suasana solat Jumaat terakhir di tapak sementara Masjid Darul Makmur di bekas Sekolah Menengah North View pada 6 Jun.
Suasana solat Jumaat terakhir di tapak sementara Masjid Darul Makmur di bekas Sekolah Menengah North View pada 6 Jun. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Menyingkap kelebihan tapak tersebut, Pengerusi Eksekutif Masjid Darul Makmur, Encik Mohd Fairus Abd Manaf, berkata ia telah membantu ramai jemaah dalam melaksanakan ibadah mereka.

“Setiap Jumaat lebih daripada 2,000 (anggota) jemaah hadir untuk menunaikan solat Jumaat dan sekitar 1,000 (anggota) jemaah hadir untuk solat tarawih pada Ramadan sejak dua tahun lalu.

“Lebih daripada 59 relawan juga telah bekerja keras menyantuni jemaah,” ujarnya kepada Berita Harian (BH).

Pengerusi Eksekutif Masjid Darul Makmur, Encik Mohd Fairus Abd Manaf, berkata tapak sementara Masjid Darul Makmur telah memanfaatkan jemaah pada setiap solat Jumaat dan solat tarawih.
Pengerusi Eksekutif Masjid Darul Makmur, Encik Mohd Fairus Abd Manaf, berkata tapak sementara Masjid Darul Makmur telah memanfaatkan jemaah pada setiap solat Jumaat dan solat tarawih. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Walaupun demikian, penutupan itu kini membolehkan penduduk Yishun menikmati masjid yang lebih gah.

Antara pembaharuan di masjid itu termasuk ruang solat yang lebih selesa dan dapat menampung lebih 4,000 anggota jemaah, laluan mesra kerusi roda, lif, serta ruang kelas dan auditorium yang lebih besar untuk kegiatan keagamaan dan kemasyarakatan, tambah Encik Fairus.

“Kami berharap Masjid Darul Makmur dapat menyediakan wadah untuk jemaah beribadah dengan tenang, melakukan kerja kemasyarakatan dan peningkatan sosial yang baik untuk bantu masyarakat Islam yang progresif.

“Kami bersemangat dan teruja untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada jemaah,” tambahnya.

Bagi beberapa penduduk Yishun, mereka mengalu-alukan pembukaan masjid itu serta kemudahannya.

Salah seorang daripadanya, Mohamad Hakim Mohamad Khalik, pula berkata dahulu masjid kelihatan usang dan memang memerlukan penambahbaikan.

“Bagi saya, sebelum ini kawasan masjid kelihatan usang... permukaan lantainya pun kasar dan kotor.

“Tetapi sekarang, bila saya lihat di Instagram selesainya kerja naik taraf, saya lihat lantainya sudah dipasang permaidani seperti di masjid-masjid lain.

“Saya rasa perubahan ini sangat baik dan memberi keselesaan kepada jemaah,” ujar pelajar Maktab Rendah Tampines Meridian berusia 17 tahun itu.

Mohamad Hakim Mohamad Khalik (kanan) berkata melalui imej yang dilihatnya di media sosial, Masjid Darul Makmur yang telah dinaik taraf kelihatan lebih baik berbanding sebelumnya.
Mohamad Hakim Mohamad Khalik (kanan) berkata melalui imej yang dilihatnya di media sosial, Masjid Darul Makmur yang telah dinaik taraf kelihatan lebih baik berbanding sebelumnya. - Foto BH oleh HIDAYAT RAFII

Encik Hakim Normin, 31 tahun, pula bersyukur kerana dengan pembukaan semula masjid, ibadah hariannya akan menjadi lebih mudah memandangkan lokasinya yang lebih dekat berbanding Masjid Ahmad Ibrahim dan Masjid Yusof Ishak.

Antara perkara yang paling dinantikannya ialah pelaksanaan kelas dan kursus di masjid, terutama semasa musim cuti sekolah.

Encik Hakim Normin bersama anaknya, Luqman Mikhael, tujuh tahun, ketika menunaikan solat Jumaat yang diadakan buat kali terakhir di tapak sementara Masjid Darul Makmur pada 6 Jun.
Encik Hakim Normin bersama anaknya, Luqman Mikhael, tujuh tahun, ketika menunaikan solat Jumaat yang diadakan buat kali terakhir di tapak sementara Masjid Darul Makmur pada 6 Jun. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Masjid itu memerlukan sekitar $15 juta untuk projek pembinaan tersebut. Setakat ini, mereka telah mengumpul $14.1 juta.

Encik Fairus berkata mereka masih mengharapkan sumbangan daripada jemaah.

“Kami masih membuka peluang untuk sumbangan wakaf daripada jemaah.

“Sekiranya jemaah ingin menyumbang, sama ada melalui dana wakaf atau bentuk infak yang lain, kami amat mengalu-alukan sokongan anda,” tambahnya.

Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon, Dr Syed Harun Alhabsyi, yang turut menghadiri solat Jumaat terakhir di tapak sementara itu berkata adalah penting untuk masyarakat Islam melabur dalam peningkatan masjid.

Bercakap kepada BH, beliau berkata:

“Semestinya, melabur (pada masjid) ialah sesuatu yang sangat penting kerana kalau bukan masyarakat Islam kita sendiri yang melabur kepada masjid-masjid kita, kita tidak akan dapat menikmati kemudahan ibadah,” katanya.

Dr Syed Harun menambah, naik taraf Masjid Darul Makmur itu merupakan hasil kerjasama erat antara Lembaga Pentadbir Masjid (LPM), penduduk Nee Soon dengan masyarakat umum. Ia juga disokong penasihat akar umbi, pemimpin masyarakat, dan sukarelawan.

“Segala usaha ini adalah gabungan tenaga dan semangat kita bersama untuk membangunkan sebuah masjid yang lebih meriah dan lebih mesra masyarakat,” ujarnya.

Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon, Dr Syed Harun Alhabsyi (kanan), turut menghadiri solat Jumaat terakhir di tapak sementara Masjid Darul Makmur di bekas Sekolah Menengah North View. Beliau berkata penting untuk masyarakat Islam melabur dalam peningkatan masjid, kerana tanpa masyarakat, kita tidak dapat menikmati kemudahan ibadah.
Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon, Dr Syed Harun Alhabsyi (kanan), turut menghadiri solat Jumaat terakhir di tapak sementara Masjid Darul Makmur di bekas Sekolah Menengah North View. Beliau berkata penting untuk masyarakat Islam melabur dalam peningkatan masjid, kerana tanpa masyarakat, kita tidak dapat menikmati kemudahan ibadah. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Salah seorang anggota jemaah Masjid Darul Makmur yang juga pernah menjadi Jawatankuasa Pembinaan Masjid (JPM) masjid itu pada 1980-an, Encik Buzari Kayat, berkata wang yang disalurkan dalam pembinaan masjid merupakan hasil daripada masyarakat.

Beliau yakin dengan kelebihan yang akan diterima jemaah dengan kemudahan baru di masjid.

“Saya percaya masyarakat mempunyai kepentingan dalam pembinaan masjid ini.

“Ini adalah masjid mereka – bukan masjid saya, bukan masjid sesiapa secara individu, tetapi masjid kita semua. Oleh itu, saya yakin masyarakat akan terus berkembang bersama masjid ini,” ujarnya.

Bekas Jawatankuasa Pembinaan Masjid (JPM) masjid itu pada 1980-an, Encik Buzari Kayat, berkata masjid merupakan hasil daripada masyarakat dan ia merupakan milik masyarakat.
Bekas Jawatankuasa Pembinaan Masjid (JPM) masjid itu pada 1980-an, Encik Buzari Kayat, berkata masjid merupakan hasil daripada masyarakat dan ia merupakan milik masyarakat. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

“Kami berharap Masjid Darul Makmur dapat menyediakan wadah untuk jemaah beribadah dengan tenang, melakukan kerja kemasyarakatan dan peningkatan sosial yang baik untuk bantu masyarakat Islam yang progresif. Kami bersemangat dan teruja untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada jemaah.”
Pengerusi Eksekutif Masjid Darul Makmur, Encik Mohd Fairus Abd Manaf.

“Semestinya, melabur (pada masjid) ialah sesuatu yang sangat penting kerana kalau bukan masyarakat Islam kita sendiri yang melabur kepada masjid-masjid kita, kita tidak akan dapat menikmati kemudahan ibadah... Segala usaha ini adalah gabungan tenaga dan semangat kita bersama untuk membangunkan sebuah masjid yang lebih meriah dan lebih mesra masyarakat.”
Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon, Dr Syed Harun Alhabsyi.

“Bagi saya, sebelum ini kawasan masjid kelihatan usang... permukaan lantainya pun kasar dan kotor. Tetapi sekarang, bila saya lihat di Instagram selesainya kerja naik taraf, saya lihat lantainya sudah dipasang permaidani seperti di masjid-masjid lain. Saya rasa perubahan ini sangat baik dan memberi keselesaan kepada jemaah.”
Penduduk Yishun, Mohamad Hakim Mohamad Khalik.

“Saya percaya masyarakat mempunyai kepentingan dalam pembinaan masjid ini. Ini adalah masjid mereka – bukan masjid saya, bukan masjid sesiapa secara individu, tetapi masjid kita semua. Oleh itu, saya yakin masyarakat akan terus berkembang bersama masjid ini.”
Bekas Jawatankuasa Pembinaan Masjid (JPM) Masjid Darul Makmur pada 1980-an, Encik Buzari Kayat.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg