Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Podcast BHberbual bincang topik mengiktiraf negara Palestin

Aug 8, 2025 | 5:30 AM
Episod ke-11 BHberbual menampilkan tetamu (kanan) Encik Mohamed Imran Mohamed, Pengarah Dialogue Centre Limited; serta Pengasas dan Pengarah, The Whitehatters, Cik Shahrany Hassan (kiri). Editor Berita BH, Encik Nazri Hadi Saparin (dua dari kanan) dan koresponden, Anwar Saleh merupakan hos podcast tersebut. 
Episod ke-11 BHberbual menampilkan tetamu (kanan) Encik Mohamed Imran Mohamed, Pengarah Dialogue Centre Limited; serta Pengasas dan Pengarah, The Whitehatters, Cik Shahrany Hassan (kiri). Editor Berita BH, Encik Nazri Hadi Saparin (dua dari kanan) dan koresponden, Anwar Saleh merupakan hos podcast tersebut.  - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Langkah beberapa negara baru-baru ini termasuk Britain, Perancis dan Canada yang melahirkan kesediaan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara dibincangkan dalam episod ke-11 podcast NoTapis BHerbual.

Podcast terbitan Berita Harian (BH) itu menampilkan dua tetamu, Encik Mohamed Imran Mohamed, Pengarah Dialogue Centre Limited; serta Pengasas dan Pengarah, The Whitehatters, Cik Shahrany Hassan.

Hos bagi podcast tersebut ialah Editor Berita akhbar ini, Encik Nazri Hadi Saparin, dan Koresponden, Encik Anwar Saleh.

Selain topik mengiktiraf Palestin, turut dibincangkan dalam episod BHberbual kali ini ialah berkenaan tinjauan Institut Kajian Dasar (IPS) mengenai kaum dan agama serta gejala ‘vape’ dan Kpod yang kian berleluasa.

Mengenai pengiktirafan Palestin, meskipun podcast tersebut akur ia adalah satu langkah positif dan menunjukkan masyarakat antarabangsa mempunyai pengaruh, kuasa dan upaya, meskipun penyelesaian masih jauh untuk dicapai.

Ikuti podcast NoTapis BHberbual di https://www.beritaharian.sg/podcasts

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg