Remaja lemas di Sungai Kallang selamat dikebumikan, dikenali penyayang, baik hati
Remaja lemas di Sungai Kallang selamat dikebumikan, dikenali penyayang, baik hati
Sabar, penyayang dan baik hati - itulah sifat yang begitu menyerlah, yang dikongsikan rakan-rakan yang mengenali Allahyarham Muhammed Qayyim Daniel Putra Rosli, 13 tahun.
Kawan sedarjahnya, Mohd Iqwal Zulkifli Talip, 13 tahun, berkata Muhammed Qayyim Daniel sentiasa mengambil berat tentang keeman-teman.
Allahyarham meninggal dunia selepas dipercayai lemas di Sungai Kallang sekitar 4.30 petang pada 25 Februari.
Mayat remaja itu ditemui lewat 26 Februari, lebih 24 jam selepas beliau dilaporkan hilang ketika memancing di sungai itu.
Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga) yang juga Anggota Parlimen Queenstown SMC, Encik Eric Chua, turut hadir di ruang persiapan pengebumian di Pusara Aman.
Beliau menzahirkan penghormatan terakhir serta menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga terdekat Allahyarham, termasuk ibunya, yang ingin dikenali sebagai Cik Siti, dan dua adiknya berusia 11 dan 14 tahun.

