Topik diikuti
Pergi ke BHkuSedia agih pelitup jika PSI capai 201
Sedia agih pelitup jika PSI capai 201
Sekumpulan kakitangan sedang mengisi pelitup N95 ke dalam mesin layan diri dalam gambar yang dikongsi oleh Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) pada 10 Oktober.
Mesin-mesin layan diri itu kini berada di sebuah gedung dan akan dipindahkan ke 37 hab pengangkutan awam dan Pejabat Khidmat Sosial (SSO) apabila diperlukan.
Menurut MSE, jumlah pelitup dalam mesin-mesin layan diri itu akan dijejak dalam masa sebenar dan diganti bagi memastikan bekalan kekal tekal.
Ia sebahagian usaha mengagihkan pelitup kepada warga Singapura, yang akan dijalankan pertubuhan akar umbi Persatuan Rakyat (PA) jika keadaan jerebu mencapai paras ‘sangat tidak sihat’.
Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam bagi 11 Oktober diramalkan berada pada paras ‘tidak sihat’ hingga paras ‘tidak sihat (tinggi)’, lebih baik sedikit berbanding ramalan bagi 10 Oktober yang memasuki paras ‘sangat tidak sihat’, iaitu melebihi 200.
Dalam kenyataannya pada 9 Oktober, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), bersama Pasukan Petugas Jerebu (HTF), berkata ada kemungkinan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam di Singapura pada 10 Oktober melebihi 200 dan memasuki tahap ‘sangat tidak sihat’ dalam masa beberapa hari.
Jika PSI melebihi 200, pelitup N95 akan diagih kepada semua warga Singapura yang layak, termasuk golongan yang lebih terdedah kepada kesan buruk jerebu atau kurang berkemampuan.