Topik diikuti
Pergi ke BHkuSedia agih pelitup jika PSI capai 201
Sedia agih pelitup jika PSI capai 201
Sekumpulan kakitangan sedang mengisi pelitup N95 ke dalam mesin layan diri dalam gambar yang dikongsi oleh Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) pada 10 Oktober.
Mesin layan diri ini sebahagian usaha mengagihkan pelitup kepada warga Singapura, yang akan dijalankan pertubuhan akar umbi Persatuan Rakyat (PA) jika keadaan jerebu mencapai paras ‘sangat tidak sihat’.
Mesin sedemikian akan ditempatkan di beberapa hab pengangkutan awam dan pejabat perkhidmatan sosial tertentu.
Dalam kenyataannya pada 9 Oktober, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), bersama Pasukan Petugas Jerebu (HTF), berkata ada kemungkinan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam di Singapura melebihi 200 dan memasuki tahap ‘sangat tidak sihat’ dalam masa beberapa hari.
Jika keadaan ini berlaku, pelitup N95 akan diagihkan kepada semua warga Singapura yang layak, termasuk golongan yang lebih terdedah kepada kesan buruk jerebu atau kurang berkemampuan.