Seramai lebih daripada 600 jemaah haji Singapura yang telah berangkat ke Tanah Suci pada 9 dan 12 Mei lalu, kini berada dalam keadaan sihat di sana.

Perkembangan tersebut dikongsi Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, ketika menghantar kumpulan terakhir sekitar 300 jemaah haji Singapura di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi pada 13 Mei.