Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SM Lee: Kepimpinan Syed Isa Semait perkukuh perpaduan negara

Jul 7, 2025 | 10:05 PM
Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, turut memberi penghormatan terakhir kepada mantan Mufti Syed Isa Semait, di Masjid Sultan pada 7 Julai 2025.
Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, turut memberi penghormatan terakhir kepada mantan Mufti Syed Isa Semait, di Masjid Sultan pada 7 Julai 2025. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong telah mengutuskan surat mengandungi ucapan takziah kepada keluarga mantan Mufti, Shaikh Syed Isa Semait. Berikut sedutan surat beliau.

Kepada Sharifah Muznah Mohammad Alhaddad

“Saya sangat dukacita dengan pemergian suami anda yang tercinta, mantan Mufti, Shaikh Syed Isa Semait. Harap terima takziah saya yang mendalam.

Saya telah bertahun-tahun mengenali Shaikh Syed. Beliau berkhidmat sebagai Mufti Singapura dari 1972 sehingga persaraannya pada 2010. Beliau juga berkhidmat dengan Majlis Presiden bagi Keharmonian Agama dan Majlis Presiden bagi Hak-Hak Kaum Minoriti.

Saya kali pertama bertemu Sheikh pada 1988. Parlimen ketika itu sedang membahaskan satu usul bagi menubuhkan Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan bagi memastikan terdapat perwakilan kaum minoriti di Parlimen.

Saya ketika itu merupakan Anggota Jawatankuasa Pemilihan yang sedang menimbangkan pindaan ke atas Perlembagaan.

Shaikh, yang ketika itu adalah Mufti, tampil di hadapan Sidang Jawatankuasa Awam untuk mengemukakan pandangannya. Beliau meyakinkan pihak jawatankuasa sebagai seseorang yang mempunyai pandangan jelas mengenai ajaran Islam, dan bagaimana tuntutan agama harus disesuaikan dalam konteks berbilang kaum kita. Jawapan beliau yang padu dan berwawasan kepada soalan pihak jawatankuasa mencerminkan keyakinan dan pandangan mendalamnya terhadap isu yang sensitif dan penting ini.

Interaksi saya selanjutnya dengan Shaikh mengesahkan tanggapan ini. Dalam perkhidmatan mulia hampir empat dekad, beliau telah menangani banyak perkara rumit, termasuk tugas sivik, ekstremisme dan mengekalkan keharmonian sosial.

Kepimpinannya yang tenang dan mantap memainkan peranan dalam membimbing masyarakat Melayu/Islam, mengukuhkan kepercayaan dan perpaduan dalam kalangan kaum dan agama yang berbeza di Singapura. Kepimpinan Shaikh meletakkan Muis berada di hadapan dari segi pemikiran dan amalan Islam di Singapura.

Beliau menyokong penyelidikan dan pemodenan pemikiran agama dan berusaha meningkatkan institusi agama dan pendidikan Islam.

Beliau mahu umat Islam di Singapura bergantung kepada prinsip dan bimbingan yang baik sebagai respons terhadap isu-isu yang rumit dan baru, bagi membolehkan mereka hidup sebagai Muslim yang taat dalam negara berbilang agama yang harmoni.”

Pembentukan Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) dan penubuhan Kolej Pengajian Islam Singapura dibangunkan berdasarkan asas kukuh yang beliau semai.

Menyusuli penahanan anggota Jemaah Islamiyah (JI) di Singapura, Shaikh Syed Isa, sebagai Mufti, telah memberi bimbingan dalam penubuhan Kumpulan Pemulihan Agama (RRG) pada 2003.

Sokongan beliau yang berterusan telah membolehkan sukarelawan RRG memikul tugas mencabar dalam pemulihan tahanan dan membantu mereka pulang ke pangkuan masyarakat.

Sebagai menghargai sumbangannya, Shaikh telah diberi Pingat Perkhidmatan Gemilang dalam 2011.

Saya telah diberi penghormatan bagi melancarkan buku berjudul “Keeping the Faith” pada 2012, yang menceritakan sumbangannya yang luas dan bertahun-tahun lamanya kepada masyarakat dan negara.

Saya sangat berbesar hati dapat bercakap dengan beliau lagi dan menemui anda dan keluarga. Saya telah menyaksikan dan terkesan dengan rasa bangga beliau terhadap kejayaan anak-anak dan cucu-cucunya, yang dibesarkan dan dibentuk oleh negara yang beliau bantu bangunkan.

Shaikh Syed Isa telah menyentuh kehidupan kesemua kaum dan agama dan telah memberi dalam diam tetapi sumbangan yang besar terhadap keharmonian kaum dan agama yang rakyat Singapura nikmati hari ini.

Rakyat Singapura terhutang budi kepada beliau.

Shaikh Syed Isa sudah pasti amat dirindui. Saya berdoa terhadap anda dan keluarga anda dalam waktu berduka ini.

Ikhlas

Lee Hsien Loong

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg