S’pura perlu pertahan nilai saling menghormati, keharmonian sosial

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura perlu pertahan nilai saling menghormati, keharmonian sosial

Mar 1, 2026 | 1:02 PM

S’pura perlu pertahan nilai saling menghormati, keharmonian sosial

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Sekitar 400 penduduk hadir semasa acara ‘Sahur Bersama di Pasar Geylang’ pada 1 Mac, yang turut dihadiri oleh pasukan Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade-Braddell Heights. Ini terdiri daripada (sambil berdiri) Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (empat dari kiri), Encik Goh Pei Ming (lima dari kanan), Encik Seah Kian Peng (tiga dari kiri), Cik Tin Pei Ling (enam dari kanan), Cik Diana Pang (dua dari kiri). AP bagi SMC Mountbatten, Cik Gho Sze Kee (paling kiri), turut hadir bersama.
Sekitar 400 penduduk hadir semasa acara ‘Sahur Bersama di Pasar Geylang’ pada 1 Mac, yang turut dihadiri oleh pasukan Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade-Braddell Heights. Ini terdiri daripada (sambil berdiri) Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (empat dari kiri), Encik Goh Pei Ming (lima dari kanan), Encik Seah Kian Peng (tiga dari kiri), Cik Tin Pei Ling (enam dari kanan), Cik Diana Pang (dua dari kiri). AP bagi SMC Mountbatten, Cik Gho Sze Kee (paling kiri), turut hadir bersama. - Foto BH oleh KHALID BABA

Singapura perlu terus mempertahankan nilai saling menghormati, keharmonian sosial dan kepercayaan antara masyarakat berbilang kaum dan agama, khususnya di tengah-tengah ketidaktentuan global, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Menurut beliau meskipun kita tidak dapat mengawal apa yang berlaku di luar negara terutamanya berkaitan dengan ketegangan geopolitik, masyarakat Singapura boleh menentukan responnya di sini.

Nilai-nilai yang menjadi pegangan masyarakat setempat ini, jelas terpancar apabila sekitar 400 penduduk daripada pelbagai latar belakang bersahur bersama di Pasar Geylang Serai dalam acara sahur sulung anjuran masyarakat ‘Sahur Bersama di Pasar Geylang’ pada 1 Mac.

Dr Faishal yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade-Braddell Heights, ketika ditemui menjelaskan inisiatif sedemikian memberi ruang untuk menyemai persefahaman dan menggalakkan rakyat untuk saling menjaga tanpa mengira kaum atau agama.

Acara itu turut disertai sekitar 30 penduduk bukan Islam dan dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Marine Parade-Braddell Heights, M3@Geylang Serai dan Persatuan Peniaga Geylang Serai dengan sokongan Masjid Khalid serta South East CDC.

AP kawasan itu yang turut hadir termasuk Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Goh Pei Ming, Speaker Parlimen, Encik Seah Kian Peng, Cik Tin Pei Ling, Cik Diana Pang dan AP bagi SMC Mountbatten, Cik Gho Sze Kee.

“Kepelbagaian adalah kekuatan kita. Walaupun kita tidak dapat mengawal apa yang berlaku di luar negara, kita mempunyai pilihan tentang bagaimana kita bertindak balas di tanah air sendiri.

“Di mana dalam dunia yang semakin tidak menentu, nilai-nilai teras masyarakat kita yang saling menghormati keharmonian dan kepercayaan antara satu sama lain menjadi pegangan yang menyatukan Singapura.” kata Dr Faishal.

Ketika mengimbas Ramadan pertamanya sebagai Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam tahun ini, beliau menggalakkan warga Singapura agar terus membangunkan ruang yang positif bagi setiap lapisan masyarakat.

“Kita perlu meneruskan usaha membangunkan Singapura yang harmoni dan aman damai, serta memberi ruang yang positif kepada setiap anggota masyarakat untuk terus menjadi versi yang terbaik ,” katanya.

Antara peserta yang ditemui Berita Harian (BH) semasa acara itu ialah Cik Jenny Lim, yang ingin memahami dengan lebih mendalam bagaimana umat Islam menjalani ibadah puasa.

(Baris ketiga, tiga dari kanan) Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade-Braddell Heights berinteraksi bersama 30 penduduk bukan Islam, termasuk Cik Jenny Lim (baris kedua, kiri).
(Baris ketiga, tiga dari kanan) Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade-Braddell Heights berinteraksi bersama 30 penduduk bukan Islam, termasuk Cik Jenny Lim (baris kedua, kiri). - Foto BH oleh KHALID BABA

Beliau berkata semangat kejiranan yang jelas terpancar sepanjang acara itu amat menyentuh hatinya.

“Hari ini saya belajar makna waktu sahur dan bagaimana ia penting bagi masyarakat Islam. Saya juga terharu melihat semua orang saling membantu walaupun pada awal pagi. Saya nampak bagaimana penduduk datang bersama-sama, menikmati hidangan awal dan berinteraksi antara satu sama lain,” katanya.

Semangat kebersamaan itu turut dirasai Encik Shawal Mohamed, 51 tahun, yang hadir bersama keluarganya.

Katanya, beliau berbesar hati dapat menyertai inisiatif ini yang disifatkannya sebagai satu yang unik kerana “memberi peluang kepada penduduk untuk bersahur secara beramai-ramai”.

“Kita memang selalu bersahur, tetapi selalunya dalam keluarga sahaja. Kali ini kita dapat bersahur bersama jiran dan anggota masyarakat lain. Perasaannya seperti bersahur dalam keluarga besar,” kata bapa yang berusia

Dalam pada itu, Pengerusi Geylang Serai CC MAEC dan ketua penganjur bagi acara itu, Encik Normanshah Mohd Sah, berkata acara tersebut dianjurkan untuk mendekatkan masyarakat melalui pengalaman Ramadan yang sebenar.

“Sambutan masyarakat sangat menggalakkan dan kami melihat ia bukan sekadar program Ramadhan, tetapi satu platform membina kefahaman antara kaum dan agama. Malah, kami ingin menjadikannya satu acara inklusif, di mana rakan-rakan bukan Islam boleh turut serta merasai suasana sahur dan memahami makna puasa.

“Dalam masa yang sama, ia memberi peluang kepada penasihat akar umbi, jemaah masjid dan penduduk untuk berinteraksi secara santai di ruang komuniti seperti pusat penjaja Geylang Serai, yang sememangnya menjadi tempat pertemuan masyarakat kita,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg