‘Mesra Bergongxi’ edar limau kepada 7,000 penduduk sempena Tahun Baru Cina

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Mesra Bergongxi’ edar limau kepada 7,000 penduduk sempena Tahun Baru Cina

Feb 22, 2026 | 8:53 PM

‘Mesra Bergongxi’ edar limau kepada 7,000 penduduk sempena Tahun Baru Cina

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Muhammad Faishal Ibrahim, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade–Braddell Heights bergambar di stesen MRT Eunos setelah set limau diagihkan sempena Tahun Baru Cina.
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Muhammad Faishal Ibrahim, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade–Braddell Heights bergambar di stesen MRT Eunos setelah set limau diagihkan sempena Tahun Baru Cina. - Foto PERSATUAN RAKYAT

Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (PA Mesra) bersama lebih 200 sukarelawan Melayu/Islam menyemarakkan sambutan Tahun Baru Cina menerusi inisiatif tahunan #MESRABergongxii dengan pengagihan limau kepada lebih 7,000 penduduk pelbagai kaum.

Pada 21 Februari, sebanyak 888 set limau diagihkan di stesen MRT Eunos, yang turut dihadiri Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade–Braddell Heights, bersama seorang lagi AP kawasan itu, Cik Diana Pang.

Menurut kenyataan Mesra, inisiatif silang budaya melibatkan 50 kumpulan MAEC yang diadakan dari 12 hingga 27 Februari itu memaparkan semangat keharmonian kaum di Singapura.

Pemberian limau itu merupakan simbol kemakmuran dan kesejahteraan sempena Tahun Baru bagi masyarakat Cina.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg