Topic followed successfully
Go to BHkuTragedi rempuhan bot: Hanya sarat rindu, Raya suram kenang pemergian anak saudara
Tragedi rempuhan bot: Hanya sarat rindu, Raya suram kenang pemergian anak saudara
Bapa saudara sifatkan Allahyarham Syafidi sebagai mahir bertukang, suka bantu
Apr 6, 2026 | 8:58 PM
Tragedi rempuhan bot: Hanya sarat rindu, Raya suram kenang pemergian anak saudara
Kenangan Hari Raya terakhir Encik Mohamad Azhar Ahmad (baris ketiga dari belakang, berbaju kelabu) bersama arwah Allahyarham Chua Muhammad Syafidi (di kanan Encik Mohamad Azhar). - Foto ihsan MOHAMAD AZHAR AHMAD
Apa yang sepatutnya menjadi satu lagi malam bersantai sambil memancing di laut bertukar menjadi detik yang hingga ke hari ini terus menghantui Encik Mohamad Azhar Ahmad, dalam suasana Syawal yang masih lagi terasa.
Pada awal pagi 27 Mac, beliau dan seorang rakan ‘kaki pancing’ serta anak saudaranya sedang dalam perjalanan pulang ke darat selepas semalaman memancing apabila bot riadah yang mereka naiki dirempuh sebuah kapal bekalan di perairan berhampiran Kepulauan Selatan.
Laporan berkaitan
Lubuk ikan eksotik di Kepulauan Selatan
tarik perhatian meski wujud risiko bahayaApr 6, 2026 | 8:25 PM
Hasrat mangsa perlanggaran bot di Kepulauan Selatan genggam diploma tak kesampaianApr 5, 2026 | 6:32 PM

