Topic followed successfully
Go to BHkuYuk teroka kandungan digital BH!
Yuk teroka kandungan digital BH!
Yuk teroka kandungan digital BH!
Pelbagai kandungan menarik disediakan di wadah digital Berita Harian (BH). Berikut beberapa kandungan pilihan untuk anda nikmati.
EPISOD TERKINI PODCAST
NoTapis
Kasih ibu tiada noktah.
Dalam satu episod khas sempena Hari Ibu, podcast Berita Harian (BH), NoTapis membawakan dua kisah yang sangat berbeza tentang kasih sayang seorang ibu yang tidak berbanding.
Cik Nur Wahida Azman telah menunggu hampir 10 tahun untuk bergelar ibu. Selepas pelbagai tekanan, rawatan dan kegagalan in vitro (IVF) pertama, beliau akhirnya dikurniakan anak kembar.
Cik Siti Nurshila Kassim pula melalui realiti yang tidak dijangka apabila anak lelakinya disahkan mengalami barah otak pada usia empat tahun.
Dalam tempoh hanya lapan bulan, beliau belajar erti kehilangan.
Dengarkan perbualan mereka di beritaharian.sg/podcasts Spotify atau tonton di YouTube.
BHerbual
Sepanjang tempoh setahun sejak Pilihan Raya Umum (GE) 2025, pemimpin politik Melayu/Islam telah memberi tumpuan kepada usaha perkukuh keyakinan masyarakat dan merapatkan jurang antara pemerintah dengan masyarakat.
Memandang ke hadapan, mereka berdepan cabaran mengimbangi antara usaha mengekalkan kepercayaan tersebut dengan menangani isu struktur yang sudah lama wujud.
Dalam episod ke-37 BHerbual, pengamat politik Profesor Madya di Sekolah Sains Kemasyarakatan, Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Dr Walid Jumblatt Abdullah dan Pengarah Pengasas Dialogue Centre Limited, Encik Mohamed Imran Mohamed Taib mengupas cabaran Anggota Parlimen (AP) Melayu dalam mengimbangi peranan mereka sebagai wakil masyarakat dan pemimpin nasional.
Dengar podcast BeritaHarian.sg/podcasts, Spotify dan YouTube.
Video Pilihan
BH cuba khidmat teksi rentas sempadan baru
Pada 4 Mei, Grab melancarkan perkhidmatan rentas sempadan antara Singapura dan Johor Bahru.
Pasukan media sosial BH buat tempahan untuk ke pusat beli-belah, Mid Valley Southkey di Johor Bahru dan ikuti pengalaman mereka.
Tonton sekarang!
BH Jelaskan: Negeri Sembilan jadi tumpuan isu takhta diraja
Kemelut takhta di Negeri Sembilan tercetus apabila empat Undang mengisytiharkan pemecatan Yang di-Pertuan Besar negeri itu, Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir, pada 19 April.
Apakah yang berlaku dan apakah perkembangannya? Koresponden BH di Malaysia, Cik Haneeyzah Baharin, menjelaskan dalam video ini.
Tonton sekarang!
BH di TikTok
Cari jodoh dalam masa tiga jam?
Boleh tak cari jodoh dalam tiga jam?
Wartawan media sosial kami sertai acara ‘Singles Social’, yang mana 46 peserta bujang, atau ‘single’, jumpa 'singles' lain dalam masa singkat, tak perlu 'swipe' atau 'filter' menggunakan aplikasi.
Berbanding menggunakan aplikasi mencari jodoh, ada juga yang rasa saling berjumpa dan berkenalan lebih sesuai buat mereka.
Tonton sekarang!
‘Trending’ di OMGxBH
Hos OMGxBH cuba menjadi usahawan.
Apakah yang berlaku apabila hos OMGxBH cuba menjual ‘koyok’ di depan dua usahawan mapan?
Tonton di sini.
Som Said belajar lingo Gen Z
Ikon seni tari Melayu, Som Said, belajar beberapa frasa anak muda daripada hos OMGxBH.
Tonton di sini.

