Topic followed successfully
Go to BHkuYuk teroka kandungan digital BH!
Yuk teroka kandungan digital BH!
Yuk teroka kandungan digital BH!
Pelbagai kandungan menarik disediakan di wadah digital Berita Harian. Berikut beberapa kandungan pilihan untuk anda nikmati. Senarai ini akan dikemas kini dua kali seminggu, pada setiap Isnin dan Jumaat.
EPISOD TERKINI PODCAST
NoTapis
Taman Warisan Melayu (TWM) yang telah disuntik nafas baru akan membuka pintunya kepada pengunjung pada 25 April. Sebagai sebahagian proses pembaharuan, TWM akan mengetengahkan lima karya seni, hasil kreativiti seniman tempatan bagi melengkapi naratif ‘Dari Rantau Ke Rumah’.
Berlatarbelakangkan objektif TWM untuk menonjolkan evolusi karya seni Melayu yang bersifat dinamik dan progresif dan melestarikannya, episod NoTapis kali ini menampilkan dua artis tempatan yang berusaha dengan gaya unik mereka tersendiri untuk mengabadikan warisan Melayu.
Penerbit podcast, Cik Natasha Mustafa; kurator TWM, Cik Syafiqah Jaaffar; serta dua seniman, Fazleen Karlan dan Tumadi Patri, membincangkan soal ‘struggling artist’, atau cabaran yang dihadapi mereka yang terlibat dalam seni untuk mengimbangi minat serta seni sebagai kerjaya yang dapat menyara hidup sendiri dan keluarga.
BHerbual
Apakah kaitan antara bil hospital yang tinggi dengan penglibatan inisiatif masyarakat seperti M³+?
Dalam episod BHerbual kali ini, Anggota Parlimen GRC West Coast-Jurong West, Dr Hamid Razak, berkongsi dengan koresponden, Encik Anwar Saleh, dan wartawan, Cik Shiqin Ramadan, tentang visinya bagi pusat sehenti, dengan klinik dan Pejabat Khidmat Sosial (SSO) ditempatkan di bawah satu bumbung.
Menurutnya, penjagaan kesihatan bukan sekadar ubat, bahkan melibatkan sokongan sosial, kewangan serta kegiatan sihat seperti senaman, Zumba!
Namun, usaha itu juga memerlukan sokongan akar umbi yang kuat.
Dr Hamid turut mengupas peranan unik Pertubuhan India/Islam (IMO) dalam rangka kerja M³+. Bagaimana sinergi antara IMO dengan badan Melayu/Islam (MMO).
Dengar podcast ini di BeritaHarian.sg/podcasts, Spotify dan YouTube.
Video Pilihan
Bangkit walau dibadai cabaran
“Kalau saya tiada, bagaimana dengan isteri dan anak-anak saya?”
Itulah rintihan Encik Mohamad Saleh, seorang petugas valet yang tetap gigih bekerja demi menyara keluarganya meskipun disahkan menghidap barah sebelum ini. Ikuti kisah pengorbanan beliau dan isteri, Cik Sukmawati Sudra, dalam menguruskan rumah tangga dan menjaga anak istimewa mereka, Emelia dan dua orang lagi anak mereka.
Keluarga Encik Mohamad Saleh merupakan antara 11,000 keluarga yang menerima sokongan di bawah inisiatif ComLink+.
Sebuah kisah kasih sayang, ketabahan dan erti sebenar hubungan keluarga.
Tonton sekarang!
Bakal jemaah haji jalan pantas 2.4 km bagi Get Fit for Haj 2026
Pada 12 April, sekitar 900 bakal jemaah haji 2026 menyertai acara jalan pantas 2.4 kilometer di Our Tampines Hub (OTH), sebagai kemuncak inisiatif Get Fit for Haj (GFH) bagi memperkukuh persediaan fizikal sebelum menunaikan ibadah haji.
Tonton sekarang!
BH di TikTok
Apakah peranan individu dalam persekitaran dunia yang mencabar sekarang?
Apabila harga bahan api melonjak ekoran konflik di Timur Tengah, kesannya turut dirasa sampai ke Asia Tenggara.
Wartawan video, Cik Ameerah Sallehuddin, tinjau apakah yang boleh dilakukan individu untuk menghadapi keadaan yang mencabar ini dan rancangan mereka untuk mengurangkan perbelanjaan.
Tonton sekarang!
‘Tap out’ awal, lindungi diri
Dalam sukan jujitsu, kita ‘tap out’ untuk mengelakkan kecederaan. Namun dalam kehidupan, kita perlu ‘tap in’ untuk menjalani pemeriksaan kesihatan demi mengelakkan komplikasi.
Pengesanan awal penting, jangan tunggu dah sakit baru nak jumpa doktor!
Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, belajar teknik jujitsu daripada penerbit podcast Berita Harian, Cik Natasha Mustafa, yang juga atlet jujitsu nasional dalam video ini.
Tonton di sini.
‘Trending’ di OMGxBH
Rilla Melati ‘gagahkan’ diri selepas anak belajar di luar negara
Personaliti media, Rilla Melati, ditemu ramah mengenai kehidupannya selepas anaknya, Nadim, belajar di luar negara. Ibu tunggal itu mengongsi kepayahan menjadi seorang ibu tunggal.
Tonton di sini.
Apa orang muda boleh lakukan sedang harga minyak meningkat?
Bekalan tenaga sejagat terjejas dek penutupan Selat Hormuz. Apakah yang boleh orang muda lakukan untuk jimatkan tenaga?
Baca di sini.

