Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

McDonald’s kenakan bayaran untuk sos tambahan mulai 2 Jan, pelanggan tidak puas hati 

Dec 6, 2024 | 4:26 PM
McDonald’s akan mengenakan bayaran untuk semua sos, kecuali sos tomato dan sos cili bawang putih, jika pelanggan meminta jumlah tambahan.
McDonald’s akan mengenakan bayaran untuk semua sos, kecuali sos tomato dan sos cili bawang putih, jika pelanggan meminta jumlah tambahan. - Foto ZAOBAO

Keputusan McDonald’s mengenakan bayaran kepada pelanggan yang meminta sos tambahan mulai 2 Januari 2025 mengundang komen panas dalam talian dan membuatkan mereka berasa kecewa.

“Permulaan yang teruk untuk 2025,” kata seorang pengulas. “Tidak masuk akal,” kata seorang lagi.

Menurut kemas kini di laman webnya, McDonald’s berkata “bayaran nominal” untuk sos tambahan adalah “melebihi jumlah yang diperuntukkan untuk produk tertentu”. Ia bertujuan menguruskan pembaziran makanan dan kos makanan yang semakin meningkat.

Peruntukan sos mengikut dasar McDonald’s yang “mengambil kira jumlah paket sos yang sesuai untuk dinikmati bersama makanan”, menurut laman web mereka, tanpa memberikan perincian.

Kecuali sos tomato dan sos cili bawang putih, McDonald’s akan mengenakan bayaran untuk semua sos lain jika pelanggan meminta jumlah tambahan melebihi peruntukan biasa untuk produk menu masing-masing.

Berikut adalah caj bagi sos tambahan:

1) Sos celup Chicken McNuggets (BBQ, kari, madu mustard) – 50 sen setiap bekas

2) Sirap Hotcakes – 50 sen setiap bekas

3) Mentega putar (untuk hotcakes dan jagung dalam cawan) – 50 sen setiap bekas

4) Dressing salad (dressing Jepun bijan panggang) – 70 sen setiap paket

Selepas caj baru diperkenalkan, sos tomato dan sos cili bawang putih akan terus diberikan tanpa sebarang caj.

Pada 2012, McDonald’s telah melaksanakan kuota serupa untuk peruntukan sos bagi hidangan nugget, dengan caj tambahan 30 sen setiap satu.

The Straits Times telah menghubungi McDonald’s untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg