Topik diikuti
Pergi ke BHkuMeja bundar Maybank himpun 100 pemimpin masyarakat
Meja bundar Maybank himpun 100 pemimpin masyarakat
Lebih 100 pemimpin daripada pelbagai sektor termasuk pemerintah, perniagaan, filantropi dan sektor sosial telah berhimpun di sesi Meja Bundar Pemimpin Masyarakat Maybank 2026 pada 3 Oktober dan diadakan di Hotel PARKROYAL on Beach Road.
Menerusi tiga sesi perbincangan meja bundar bertajuk ‘From Purpose to Impact’ (Daripada Tujuan Kepada Impak), ‘Fostering Collaboration’ (Memupuk Kerjasama) dan ‘Building the Future’ (Membina Masa Depan), para peserta meneroka cara pertubuhan boleh menggembleng sumber, kepakaran dan rangkaian untuk menangani keperluan komuniti yang kian berkembang, memperkasakan keupayaan sektor sosial, serta mencipta hasil yang berpanjangan buat penerima manfaat.
Sesi itu telah diserikan dengan kehadiran Menteri Negara (Ehwal Luar merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Cik Gan Siow Huang.