Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Membimbing perjalanan haji berlandas sunah

Nov 8, 2024 | 5:30 AM
Jemaah haji Hamidah Travel & Tours pada 2023 ketika
Hari Wukuf di Arafah.
Jemaah haji Hamidah Travel & Tours pada 2023 ketika Hari Wukuf di Arafah. - Foto HAMIDAH TRAVEL & TOURS

Dengan pegawai serta asatizah yang berpengalaman dan bertauliah, Hamidah Travel & Tours merupakan antara syarikat pelancongan yang dipercayai dengan pengalaman lebih 30 tahun menyelaraskan pakej haji dan wisata.

“Insya-Allah, kami akan mengambil dan berusaha sebaik mungkin untuk mengikuti perjalanan menurut sabda Rasulullah saw untuk umatnya, ‘Ambillah urusan manasik hajimu daripadaku’,” jelas Pengarah, Hamidah Travel & Tours Pte Ltd, Encik Badruzzaman Abdul Majid.

Jemaah haji Hamidah Travel akan berada di Mina pada 8 Zulhijah, wukuf di Arafah pada 9 Zulhijah, mabit (menginap) di Muzdalifah pada 10 Zulhijah, dan bermalam di Mina pada 11, 12 ,13 Zulhijah dan bertawaf pada 11 Zulhijah.

Mutawif mapan dan berpengalaman Hamidah Travel & Tours, Ustaz Mohammad Nabil Johari, merupakan seorang asatizah lulusan Universiti Islam Madinah. Sebagai pelajar yang bermukim lebih daripada enam tahun di Madinah, Ustaz Nabil mempunyai pengalaman yang luas dalam membimbing jemaah haji dan umrah bersama Hamidah Travel & Tours – lebih daripada 10 tahun.

Encik Mohammad Fahmy Abdul Ghani, jemaah haji tahun 2023 bersama syarikat ini, berkongsi pengalamannya dan memuji pasukan syarikat ini kerana amat prihatin dalam segala aspek. Perkhidmatan pasukan ini juga memenuhi keperluan jemaah dari segi penginapan, makanan, penjagaan kesihatan, dan semuanya dilaksanakan dengan lancar.

Tambahnya: “Bimbingan kerohanian daripada Ustaz Nabil yang mengikut sunah Nabi Muhammad saw amatlah dihargai.”

Syarikat ini asalnya diasaskan oleh Allahyarham Encik Abdul Majid Abdul Hamid yang dinamakan Setiausaha Travel & Tours Pte Ltd. Ia ditubuhkan pada tahun 1982 yang kemudian diberi nama baru pada tahun 2004.

Untuk pakej haji 2025, Hamidah Travel bakal menyediakan dua pakej yang diluluskan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk pilihan jemaah, seperti berikut:

1. Pakej Haji Hamidah 1 – 25 Hari dengan harga bermula daripada $19,500 (untuk dua orang sebilik) dan $18,200 (untuk tiga orang sebilik).

2. Pakej Haji Hamidah 2 – 18 Hari dengan harga daripada S$16,700 (untuk dua orang sebilik) dan $15,900 (untuk tiga orang sebilik).

Harga kedua-dua pakej ini tidak termasuk tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan pembayaran yang lain. Tarikh keberangkatan bagi kedua-dua pakej ialah pada 31 Mei 2025 dengan tarikh keberangkatan tertakluk kepada perubahan. Kedua-dua pakej ini akan terus ke Makkah dahulu sebelum pelaksanaan ibadah haji dan berakhir di Madinah.

“Sebelum pelaksanaan ibadah haji, jemaah akan menginap di apartmen di Shisha. Di apartmen sebegini jemaah akan dapat berkumpul untuk mengeratkan silaturahim antara mereka dan juga akan dapat berkumpul untuk mengulang kaji manasik ibadah haji sebelum jemaah memulakan perjalanan pada 8 Zulhijah,” jelas Encik Badruzzaman.

Jemaah akan menginap di Makkah Al Safwah Hotel Tower 3, bertaraf lima bintang dan terdekat dengan Masjidil Haram dengan hanya 50 meter jauhnya. Di Madinah pula, jemaah akan menginap di The Oberoi Hotel Madinah yang terletak hanya 5 meter dari Masjid Nabawi.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 6396-5108 atau layari https://www.facebook.com/HamidahTravel.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg