Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Menteri Besar Johor temui PM Wong, sedia tingkat kerjasama kededua pihak

Jul 31, 2025 | 8:32 PM
PM Wong,  Menteri Besar Johor
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (kanan) menemui Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, semasa Datuk Onn Hafiz berada di sini bagi satu lawatan rasmi. Menurut Encik Wong, Singapura dan Johor berkongsi kerjasama mendalam dan berpanjangan – dibina atas dasar kepercayaan, persahabatan dan hubungan rapat antara rakyat dengan rakyat. - Foto FACEBOOK LAWRENCE WONG

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, yang mengadakan lawatan rasmi ke Singapura, telah menemui Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.

Datuk Onn Hafiz juga adalah penerima Zamil Pertukaran Lee Kuan Yew (LKYEF).

Dalam hantaran di Facebook pada 31 Julai, Encik Wong berkata Singapura dan Johor berkongsi kerjasama yang mendalam dan berpanjangan – dibina atas dasar kepercayaan, persahabatan dan hubungan rapat antara rakyat dengan rakyat.

“Kami bekerja rapat merentasi banyak bidang termasuk ekonomi, ketersambungan, pendidikan, budaya dan alam sekitar.

“Kami mencapai kemajuan yang baik dalam inisiatif utama seperti Laluan Sistem Transit Laju (RTS) Johor-Singapura dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

“Projek-projek ini akan meningkatkan aliran rentas sempadan, mengukuhkan hubungan ekonomi kita dan mewujudkan lebih banyak peluang untuk rakyat kita.

“Saya berharap dapat bekerjasama dengan lebih erat lagi dengan Johor untuk mengukuhkan kerjasama kita dan memberikan manfaat sebenar di kedua-dua belah Tambak,” kata Encik Wong.

Sementara itu, dalam hantaran Facebook beliau pada 31 Julai, Datuk Onn Hafiz pula berkata pertemuan tersebut bukan sekadar lambang hubungan akrab dua negara berjiran, malah mencerminkan tekad bersama untuk membawa kerjasama Johor-Singapura ke tahap yang lebih strategik dan holistik.

“Perdana Menteri Singapura menyambut baik kemajuan JS-SEZ, serta turut berkongsi pandangan positif mengenai potensi kerjasama yang lebih luas merangkumi sektor tenaga, logistik serantau dan pengukuhan hubungan dua hala antara Johor dengan Singapura.

“Beliau turut menghargai usaha berterusan Johor dalam memastikan pasaran buruh yang adil dan berdaya saing, di samping menyatakan keterbukaan untuk meneliti cadangan-cadangan yang dikemukakan secara membina,” tambah beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg