Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Menteri jabatan antarabangsa China temui DPM Wong

Mar 26, 2024 | 4:28 PM
Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kanan), bertemu Menteri Jabatan Antarabangsa Parti Komunis China, Encik Liu Jianchao, yang sedang mengadakan lawatan ke Singapura pada 26 Mac.
Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kanan), bertemu Menteri Jabatan Antarabangsa Parti Komunis China, Encik Liu Jianchao, yang sedang mengadakan lawatan ke Singapura pada 26 Mac. - Foto MCI

Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, bertemu Menteri Jabatan Antarabangsa Parti Komunis China, Encik Liu Jianchao, di bangunan The Treasury pada 26 Mac.

Encik Liu sedang mengadakan lawatan ke Singapura.

Kededua pemimpin melahirkan keyakinan Singapura dan China akan terus meningkatkan rentak kerjasama dua hala, sekali gus memberi manfaat kepada rakyat dua negara itu serta di peringkat serantau, kata Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan.

Encik Wong (kanan) dalam pertemuan dengan Encik Liu (kiri), di bangunan The Treasury pada 26 Mac. Encik Liu sedang mengadakan lawatan ke Singapura.
Encik Wong (kanan) dalam pertemuan dengan Encik Liu (kiri), di bangunan The Treasury pada 26 Mac. Encik Liu sedang mengadakan lawatan ke Singapura. - Foto MCI

“Lawatan Encik Liu membina atas pembangunan positif hubungan Singapura-China, yang telah dipertingkatkan kepada ‘Kerjasama Menyeluruh, Bermutu Tinggi dan Berorientasi Masa Depan’.

“Kami juga terus melihat pelbagai pertukaran lawatan di semua peringkat,” kata Encik Wong dalam satu hantaran di media sosial.

Dalam lawatan terakhir Encik Wong ke China pada Disember 2023 untuk menghadiri Majlis Bersama bagi Kerjasama Dua Hala, Naib Perdana Menteri China, Encik Ding Xuexiang, dan Encik Wong bersetuju melanjutkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, ekonomi digital dan hijau, serta ketersambungan kewangan. 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg