Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Menuju ke arah organisasi bijak

Dec 21, 2024 | 5:30 AM
Teknologi seperti pembelajaran dalam talian, kandungan digital interaktif dan animasi membolehkan penyampaian ilmu yang lebih menarik.
Teknologi seperti pembelajaran dalam talian, kandungan digital interaktif dan animasi membolehkan penyampaian ilmu yang lebih menarik. - Foto ANDALUS CORPORATION PTE LTD

Agar terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai institusi pendidikan Islam yang dinamik, Andalus telah secara bertahap dan berfasa berusaha gigih ke arah transformasi digital menyeluruh.

Usaha ini bukan sekadar memastikan pendidikan agama kekal relevan, malah memenuhi keperluan pelajar dalam dunia yang semakin berkembang pesat.

Sejak awal dan secara khusus semasa pandemik Covid-19, Andalus telah melakukan proses pendigitan (digitization) dan pendigitalan (digitalization) secara berperingkat dalam urusan pentadbiran dan kewangan, menjadikannya sepenuhnya digital dan dalam talian. Ini juga berlaku bagi pembelian bahan ehwal pengajian seperti buku teks, buku latihan, e-pendidikan dan pakaian seragam.

Komunikasi bersama pihak luar, termasuk surat-menyurat, juga diuruskan secara digital yang membawa kepada proses kerja yang lebih berkesan, produktif, dan memuaskan bagi waris, pelajar, serta warga kerja. Pendekatan tanpa kertas ini bukan sahaja mengurangkan kos malah menyokong usaha mengurangkan pembaziran sumber alam.

Perubahan dan peningkatan secara berfasa ke arah transformasi digital ini akan terus berlaku dan seharusnya lebih lengkap dalam tempoh lima tahun, sebelum 2030. Walaupun kos pembangunan perisian dan prasarana IT seperti server dan perkakasan sangat tinggi, ia dilihat sebagai pelaburan penting yang akan membawa manfaat besar kepada organisasi.

Andalus turut memanfaatkan pengalaman dan kemahiran yang diperolehi melalui pentauliahan Business Excellence dan Singapore Quality Class (BE, SQC) sejak 2015 dan diperbaharui pada 2018 ke arah memastikan transformasi ini berjalan dengan lancar dan berkesan.

Pengarah Eksekutif Divisyen Pengurusan, Encik Abdul Rashid Abdul Wahid, berkata peningkatan pentadbiran termasuk pendaftaran secara talian.

“Sekarang semua pendaftaran pelajar menerusi portal dalam talian, pelanggan boleh pilih program dan cawangan sesuai dengan mereka.

“Pembayaran juga telah dipermudahkan dengan menggunakan dalam talian untuk kesemua transaksi.

“Kami menggalakkan pembayaran melalui GIRO, tetapi waris juga boleh membayar melalui kemudahan PayNow atau melalui perbankan Internet,” katanya.

Encik Abdul Rashid juga berkongsi bahawa jabatan kewangan telah menggunakan kemudahan sistem perakaunan yang cangggih iaitu SAGE untuk menyimpan kira-kira dan menguruskan akaunnya.

Transformasi digital Andalus memberi impak yang luas kepada masyarakat Islam di Singapura dan luar negara. Dengan pendidikan Islam yang bermutu dan mudah diakses, lebih ramai individu dapat memahami dan mendalami ilmu agama walau di mana mereka berada.

Usaha ini turut membangunkan kemahiran digital dalam kalangan tenaga pengajar dan pelajar, menjadikan mereka lebih bersedia menghadapi cabaran era teknologi.

“Transformasi ini menyokong matlamat untuk membentuk generasi Muslim yang bukan sahaja berilmu, malah berdaya tahan dan mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara,” ujarnya lagi.

Sebagai institusi pendidikan Islam yang sentiasa berpandangan jauh, Andalus bukan sahaja menjadi contoh kepada institusi lain bahkan turut membuktikan bahawa pendidikan tradisional boleh digabungkan dengan teknologi moden secara harmoni.

Dengan usaha gigih, Andalus telah berjaya melahirkan generasi Muslim yang cemerlang dalam ilmu dan akhlak, sejajar dengan panduan agama Islam.

Visi Andalus jelas: Untuk melahirkan Muslim yang berilmu, bertakwa, dan mempunyai kelengkapan untuk menyumbang secara bermakna kepada agama, negara dan masyarakat. Misinya memfokuskan kepada menyediakan pendidikan Islam dengan kesungguhan, kesabaran dan keikhlasan.

Ketika Andalus bergerak ke hadapan, komitmennya untuk menggabungkan tradisi dengan inovasi berfungsi sebagai mercu tanda untuk pendidikan agama masa kini, menunjukkan bahawa Islam dan kemajuan boleh seiringan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg