Premium
Kelas Andalus diteruskan tanpa abai keselamatan
Pengarah: Covid-19 beri peluang kembang niaga, cuba perkara baru dengan manfaatkan teknologi
Aug 27, 2020 | 5:30 AM
PATUH LANGKAH PENCEGAHAN: Menurut Dr Abdullah, langkah pencegahan dan keselamatan Covid-19 yang ditetapkan oleh pemerintah dipatuhi Andalus, termasuk mengamalkan jarak selamat, mengasingkan pelajar dan menggunakan pelitup. - Foto ihsan ABDULLAH OTHMAN. -
SETELAH Singapura beralih ke fasa kedua pascapemutus litar jangkitan Covid-19, banyak institusi pendidikan teruskan kelas pengajian secara fizikal seperti biasa, dengan beberapa langkah keselamatan tambahan.
Antaranya ialah Pusat Pendidikan Andalus dan institusi kerabatnya, Pusat Pendidikan Cordova serta Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri.

