Topik diikuti
Pergi ke BHkuMenyulam bicara melalui kepantasan jemari jurubahasa isyarat NDP
Kesilapan kecil boleh berlaku dalam siaran langsung bagi acara dinamik seperti Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP).
Ditonton oleh ribuan penonton di Stadium Negara pada 2026 dan mereka di rumah, kunci untuk bangkit daripada sebarang kesilapan menterjemah bahasa isyarat secara langsung adalah keupayaan untuk kekal tenang.
Ia penting agar kesilapan kecil itu tidak menjejas mutu penyampaian, kongsi jurubahasa Bahasa Isyarat Singapura (SgSL) yang terlibat dalam NDP 2026, Cik Rashidah Zulkifli.
Ketika ditemui di sesi pratonton kedua NDP pada 1 Ogos, Cik Rashidah berkongsi dengan Berita Harian (BH) di sebalik tabir proses penterjemahan bahasa isyarat dan apa yang diperlukan untuk memastikan penyampaian bahasa isyarat berjalan lancar.
Menjelaskan apa yang dilakukan sekiranya berlaku kesilapan, beliau berkata:
“Jurubahasa sokongan di tepi skrin kamera yang membantu jurubahasa utama ketika siaran langsung berfungsi sebagai jaring keselamatan kami.
“Jika ada istilah atau nama tertentu yang terlepas pandang, jurubahasa sokongan boleh segera memberikan isyarat kepada jurubahasa utama supaya pembetulan dapat dibuat dengan lancar,” ujar Cik Rashidah, 34 tahun, yang bertugas di Persatuan Orang Pekak Singapura (SADeaf).
Dua jurubahasa akan menterjemah acara itu, yang melibatkan segmen ucapan pengacara serta ulasan langsung Perbarisan dan Upacara (P&C), secara bergilir.
Cik Rashidah menerangkan bahawa proses persiapan bermula berminggu-minggu sebelum 9 Ogos.
Jurubahasa akan menghadiri sesi pratonton dan menterjemah secara langsung semasa persembahan Pendidikan Nasional (NE) dan sesi pratonton bagi membiasakan diri dengan rentak acara itu.
Mereka juga diberikan akses kepada skrip NDP untuk menelitinya lebih awal.
Cik Rashidah turut berkata mereka boleh mendapatkan penjelasan daripada pihak penganjur, rakan sepasukan dan pakar bidang sekiranya terdapat sebarang keraguan.
“Pada hari persembahan, kami akan tiba lebih awal di lokasi untuk membuat persiapan di hadapan kamera dengan memastikan pencahayaan, mutu video, kejelasan bentuk tangan dan kelantangan audio berada pada tahap terbaik.
“Pada masa yang sama, kami turut menyediakan paparan skrip bergerak, menetapkan tempat duduk bagi jurubahasa sokongan, serta merancang giliran pertukaran kami sepanjang persembahan.
“Sebelum persembahan bermula, kami juga akan meneliti jika terdapat perubahan saat akhir pada skrip,” ujar Cik Rashidah.
Beliau menambah dengan adanya khidmat jurubahasa bahasa isyarat, ia membolehkan masyarakat yang mempunyai cabaran pendengaran dapat turut menikmati persembahan itu dengan penonton lain.
Ia turut menambah rasa gembira dan bangga mereka terhadap sambutan NDP.
“
“Pada hari persembahan, kami akan tiba lebih awal di lokasi untuk membuat persiapan di hadapan kamera dengan memastikan pencahayaan, mutu video, kejelasan bentuk tangan dan kelantangan audio berada pada tahap terbaik... Sebelum persembahan bermula, kami juga akan meneliti jika terdapat perubahan saat akhir pada skrip.”SPH Media ialah rakan kongsi utama untuk Perbarisan Hari Kebangsaan 2026.
